
KOTA KINABALU – Tema rasmi sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah bagi tahun 2025 ditetapkan sebagai ‘Kaamatan Untuk Semua / Kaamatan For All / Kaamatan Montok Toinsanan’.
Penggunaan tema itu selaras dengan ketetapan Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Pesta Kaamatan 2025, Datuk Seri Dr. Jeffrey Kitingan pada 3 April.

Menurut Jeffrey, semua pihak termasuk agensi kerajaan, swasta, badan bukan kerajaan (NGO) dan orang ramai diwajibkan menggunakan tema tersebut dalam semua bentuk penerbitan dan promosi sepanjang tempoh sambutan.
“Ia merangkumi media massa, media cetak, media sosial serta semua bahan promosi rasmi,” katanya yang juga Timbalan Ketua Menteri I dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat.








