Anwar terima kunjungan Airlangga Hartarto

DATUK Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan Menteri Penyelaras Hal Ehwal Ekonomi Indonesia, Airlangga Hartarto di Putrajaya.

Perdana Menteri menerusi satu hantaran di Facebook berkata, pertemuan itu antara lain membincangkan perkembangan kerjasama dua hala antara Malaysia dan Indonesia.

“Kami memanfaatkan sepenuhnya hubungan erat persahabatan kedua-dua negara yang terjalin khususnya mengukuhkan lagi lebih banyak kegiatan perdagangan membabitkan pengusaha Indonesia dan Malaysia dalam pelbagai sektor terkait.

“Keutamaan kami pastinya mengukuhkan dan memperbaharui sinergi ekonomi, hatta mencerminkan komitmen untuk memupuk kerjasama kukuh antara Indonesia dan Malaysia ke tahap lebih baik lagi di masa hadapan,” katanya.

Anwar turut memaklumkan, selaku Pengerusi ASEAN tahun ini, Malaysia memerlukan kerjasama semua negara jiran – termasuk Indonesia – bagi melonjakkan keupayaan negara sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan di benua ini dan juga seluruh dunia.

Related Posts

Kerajaan sasarkan gaji bulanan RM3,500 menjelang 2030

KUALA LUMPUR – Kerajaan menyasarkan gaji penengah bulanan di Malaysia mencapai RM3,500 menjelang 2030, selain meningkatkan sumbangan pampasan pekerja kepada 40 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Menteri Sumber…

Lebih lanjut

teruskan membaca
MyDigital ID tulang belakang utama daya saing Malaysia

PUTRAJAYA – Infrastruktur digital tidak lagi sekadar lapisan sokongan, sebaliknya menjadi tulang belakang utama dalam menentukan kecekapan negara serta daya saing Malaysia di peringkat global. Berucap di Majlis Memorandum Persefahaman…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rasionalisasi penyelarasan perbelanjaan kerajaan

Rasionalisasi penyelarasan perbelanjaan kerajaan

Peniaga alami kerugian, kecewa Himpunan 1 Mei jadikan masjid tempat berkumpul

Peniaga alami kerugian, kecewa Himpunan 1 Mei jadikan masjid tempat berkumpul

Kerajaan perkenal Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi untuk Sabah, Sarawak dan Labuan

Kerajaan perkenal Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi untuk Sabah, Sarawak dan Labuan

Perairan Perlis jadi habitat mamalia marin bertaraf antarabangsa

Perairan Perlis jadi habitat mamalia marin bertaraf antarabangsa

Empat sekolah di Kepala Batas rosak dibadai ribut

Empat sekolah di Kepala Batas rosak dibadai ribut

‘Suci sangatkah air mereka?’ – Shaiful Hazizy

‘Suci sangatkah air mereka?’ – Shaiful Hazizy