Pertandingan pintu gerbang meriahkan suasana kampung Malam Tujuh Likur

SARATOK – Malam Tujuh Likur disambut meriah di Saratok dengan pelbagai aktiviti tradisional dan keagamaan, termasuk pertandingan pintu gerbang yang menjadi daya tarikan utama. 

Menariknya, Malam Tujuh Likur merupakan kemeriahan yang dinanti menjelang Hari Raya Aidilfitri di Sarawak.

Acara ini bukan sahaja bertujuan memupuk semangat perpaduan dalam kalangan penduduk tetapi juga untuk mencerminkan keunikan seni budaya tradisional Sarawak yang dipamerkan melalui kreativiti rekaan pintu gerbang.

Pertandingan ini dianjurkan oleh Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka dengan kerjasama Lembaga Amanah Kebajikan Islam Saratok (LAKIS) bertemakan ‘Sarawak Maju Makmur’ bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri pada 2025.

Pertandingan pintu gerbang, yang merupakan acara tahunan, menyaksikan 13 penyertaan daripada kampung di Saratok dan menjadikan penyertaan terbanyak pada tahun ini. 

Antara hadiah ditawarkan kepada pemenang iaitu johan bakal menerima wang tunai RM3,000 beserta piala. 

Naib johan akan membawa pulang RM2,500 beserta piala, tempat ketiga RM1,500 beserta piala, manakala tempat keempat dan kelima masing-masing menerima RM1,000 dan RM800 serta saguhati akan menerima wang tunai sebanyak RM500.

Related Posts

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

KOTA KINABALU – Kerajaan Persekutuan meluluskan RM1.57 bilion bagi memperkukuh pembangunan sektor kesihatan Sabah menerusi Rolling Plan 1 (RP1) Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi 2026. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

KUANTAN – Polis Pahang mengesahkan satu kejadian rompakan berlaku di sebuah kedai emas dalam pusat beli-belah di Genting Highlands dekat Bentong hari ini. Pemangku Ketua Polis Pahang Datuk Azry Akmar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok