PM sambut Aidilfitri MADANI di lapan negeri

PUTRAJAYA – Datuk Seri Anwar Ibrahim akan meneruskan tradisi Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI tahun ini dengan meraikan hari lebaran bersama rakyat di lapan negeri.

Setiausaha Akhbar Kanan Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah, yang mengumumkan perkara itu berkata Perdana Menteri akan memulakan kunjungan bagi menyambut hari lebaran di Melaka terlebih dahulu.

“Untuk tahun ini, Perdana Menteri akan berkunjung ke lapan negeri bermula dengan Melaka yang juga diangkat sebagai penganjuran Peringkat Kebangsaan pada 5 April, disusuli Selangor (6 April), Pahang (11 April), Kelantan dan Pulau Pinang (12 April), Sarawak (19 April), Perak (25 April) serta Perlis (27 April).

“Perincian lanjut terkait lokasi akan dimaklumkan oleh Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU) Jabatan Perdana Menteri, selaku sekretariat induk Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI 2025,” katanya pada Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri (PMO) yang disiarkan melalui Facebook PMO Malaysia hari ini.

Tunku Nashrul berkata, Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI akan dianjurkan dan diselaraskan antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri sebagai tuan rumah seperti tahun lalu.

Justeru, beliau memanjangkan jemputan bagi pihak Perdana Menteri supaya rakyat pelbagai kaum, agama dan budaya hadir bersama bagi menyemarakkan nilai murni, kasih sayang, hormat-menghormati serta muhibah yang menjadi tunjang kekuatan Malaysia sejak sekian lama.

“Insya-Allah Perdana Menteri akan hadir bersama dengan Menteri Besar dan Ketua Menteri di negeri-negeri berkenaan.

“Majlis ini juga wadah penting untuk kita meredakan suhu ketegangan antara kaum dan agama serta menghormati serta meraikan perbezaan menerusi interaksi antara rakyat,” katanya.

Related Posts

Kerajaan perkukuh bantuan, elak golongan layak tercicir hadapi negara menua

KUALA LUMPUR – Kerajaan memberi tumpuan kepada usaha memastikan tiada golongan layak tercicir daripada menerima bantuan, di samping mengelakkan ketirisan kepada mereka yang tidak layak sebagai persediaan menghadapi status negara…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar: Isu 3R, tindakan terhadap media antara faktor Malaysia jatuh dalam indeks kebebasan media

KUALA LUMPUR – Isu berkaitan agama, raja dan kaum (3R), selain tindakan penguatkuasaan terhadap media serta kerangka perundangan negara, dikenal pasti antara faktor yang menyumbang kepada kemerosotan kedudukan Malaysia dalam…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Perak negeri pertama lancar Kiosk Kesihatan Pintar SIHAT AI

Perak negeri pertama lancar Kiosk Kesihatan Pintar SIHAT AI

Tiga sekeluarga ditahan SPRM, tipu pembelian padi RM20 juta

Tiga sekeluarga ditahan SPRM, tipu pembelian padi RM20 juta

Kerajaan salur RM450 juta biaya baik pulih kediaman petugas FELDA

Kerajaan salur RM450 juta biaya baik pulih kediaman petugas FELDA

Asnaf sekitar Jengka terima Bakti Negeri Pahang

Asnaf sekitar Jengka terima Bakti Negeri Pahang

Op Hazard serbu stor e-waste haram, 11 warga asing diberkas

Op Hazard serbu stor e-waste haram, 11 warga asing diberkas

Sabah sasar hab tenaga hijau serantau, rancang agenda Beyond SMJ 2.0

Sabah sasar hab tenaga hijau serantau, rancang agenda Beyond SMJ 2.0