23 jenis barangan diwartakan di Sabah sempena SHMMP Hari Raya Puasa 2025

KOTA KINABALU – Sebanyak 23 jenis barangan diwartakan bagi pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Hari Raya Puasa 2025.

Pengarah Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sabah, Shahril Nizam Shahidin berkata, tempoh SHMMP Hari Raya Puasa 2025 berkuat kuasa bermula 24 Mac sehingga 7 April 2025 untuk negeri Sabah.

“Tempoh pelaksanaan adalah selama 15 hari sebelum hari perayaan, sehari pada hari perayaan dan tujuh hari selepas hari perayaan,” katanya ketika ditemui media selepas melakukan tinjauan pelaksanaan SHMMP Hari Raya Puasa 2025 di Pasaraya E-Mart, di sini pada Isnin.

Shahril berkata, antara barangan yang mencatatkan permintaan tinggi di Sabah ialah santan segar.

“Contohnya harga santan segar bagi setiap tempat di Sabah ini berbeza kalau di Pantai Barat adalah RM12 bagi 1 kilogram (kg) santan.

“Harga barang berbeza antara Pantai Barat Sabah dan juga Pantai Timur dan beza harganya itu sekadar dalam RM0.50 ke RM1 yang melibatkan item-item tertentu sahaja,” jelasnya.

Tambahnya, Kementerian Pertanian dan Jabatan Veterinar turut memberi jaminan bahawa stok barangan keperluan seperti ayam, telur dan daging adalah mencukupi untuk menampung permintaan di musim perayaan kali ini.

“Walau bagaimanapun, orang ramai yang mempunyai aduan mengenai harga barangan boleh membuat aduan dengan mengemukakan maklumat lengkap dan jelas di saluran rasmi KPDN.

“Kerjasama pengguna amat diperlukan bagi memastikan kestabilan harga dan keadilan dalam urusan jual beli sepanjang musim perayaan,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, KPDN Sabah merekodkan 430 kes dengan nilai kompaun RM80,400 dengan anggaran nilai sitaan berjumlah RM4.5 juta.

Katanya, hasil itu adalah daripada pemeriksaan ke atas 21,456 premis sejak 1 Januari sehingga 15 Mac 2025.

“Tindakan tegas akan diambil terhadap mana mana peniaga yang gagal mematuhi peraturan-peraturan di bawah skim ini melalui Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 dan boleh dikenakan penalti,” kata beliau.


Related Posts

Kerja mengisar ikan bertukar tragedi, jari lelaki tersepit mesin

SANDAKAN – Seorang lelaki berusia 26 tahun cedera selepas jari tangan kanannya tersepit dalam mesin pengisar ikan di Tian Sia, di sini pada Isnin. Dalam kejadian kira-kira pukul 2.11 petang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

KUALA LUMPUR – Kementerian Ekonomi sedia meneliti mekanisme baharu bagi meningkatkan ketelusan tawaran gaji bagi memastikan pertumbuhan ekonomi negara diterjemahkan kepada pulangan yang lebih adil kepada pekerja. Menteri Ekonomi, Akmal…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerja mengisar ikan bertukar tragedi, jari lelaki tersepit mesin

  • By Fandi
  • September 8, 2026
Kerja mengisar ikan bertukar tragedi, jari lelaki tersepit mesin

Tular tambang ECRL 2027, MRL tegaskan kadar belum dimuktamadkan

Tular tambang ECRL 2027, MRL tegaskan kadar belum dimuktamadkan

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

  • By Ezmie
  • September 7, 2026
Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh