Ambiga, LFL patut jadi pendamai, bukan penghasut

AHLI Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menyelar tindakan penyokong pemeliharaan Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman di Jalan Masjid India Kuala Lumpur yang seolah-olah menjadi ”batu api” dalam isu berkenaan.

Mohd Puad berkata, situasi ini lebih menghairankan kerana terdapat penyokong bergelar peguam yang seharusnya mengutamakan undang-undang sebagai rujukan untuk kepada pihak-pihak yang terlibat.

“Sebaiknya mereka mengutamakan undang undang. Mereka sepatutnya menasihatkan pihak kuil supaya mematuhi perlembagaan.

“Jakel adalah pemilik sah tapak tersebut. Jakel membelinya melalui proses yang sah bukan ikut pintu belakang. Maka menjadi hak kepada Jakel untuk membina apa pun di atas tanah milik mereka.

“Maka kenapa pula Lawyers for Liberty (LFL) dan Ambiga mencadangkan supaya Masjid dibina di tapak alternatif?,” katanya kepada The Malaysia Press pada Jumaat.

Pada Khamis (20 Mac) penyokong pemeliharaan kuil tersebut mencadangkan tapak alternatif untuk pembinaan masjid, yang dirancang dibina di tapak kuil tersebut.

Pengarah Eksekutif LFL, Zaid Malek, berkata daripada meroboh dan memindahkan kuil 130 tahun itu, masjid boleh dibina di dua plot tanah yang berdekatan.  

Dalam sidang media berasingan, pengurusan syarikat pembekal tekstil Jakel Trading Sdn Bhd (Jakel) memaklumkan tiada perobohan akan dilakukan terhadap Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman, sebaliknya perbincangan selama lebih 10 tahun tertumpu kepada proses pemindahan secara harmoni.

Ketua Bahagian Undang-Undang dan Komunikasi Korporat Jakel, Aiman Dazuki, sejak tanah tersebut diambil alih daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), telah banyak sesi rundingan diadakan bersama pihak kuil bagi mencari solusi terbaik.

DBKL juga telah mencadangkan beberapa lokasi yang sesuai.

Manakala, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif juga memberikan jaminan bahawa kuil berkenaan tidak akan dirobohkan, sebaliknya hanya dipindahkan dengan persetujuan semua pihak.

Menurut beliau, kuil ini boleh beroperasi seperti biasa sehingga proses pemindahan selesai.

Dengan nada sinis, Mohd Puad berkata, LFL sewajarnya bertindak sebagai pendamai dan bukan sebagai “penghasut” memandangkan pihak yang terlibat juga menyuarakan beberapa pandangan terbaik untuk menyelesaikan hal dengan sebaiknya.

“Sepatutnya mereka yang menasihatkan kepada pihak kuil berpindah dan menerima tawaran pihak Jakel yang sedia menanggung kos perpindahan tersebut. Itu sudah cukup harmoni. Lagi pun sudah ada perbincangan untuk mengelak tindakan mahkamah.

“Terdapat kes di mana sebuah surau dibina atas ihsan pemilik asal tanah tetapi apabila tanah itu dijual kepada pihak lain mereka akur untuk berpindah tanpa ada badan bukan kerajaan (NGO) datang menghasut agar jangan berpindah semata mata untuk mempertahankan kesucian agama,” ujarnya.

Related Posts

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

SEMPORNA – Rangkaian Rakan Niaga Sumbangan Asas Rahmah (SARA) di seluruh negara kini mencecah 14,068 premis setakat 7 Ogos lalu, berbanding kira-kira 700 premis ketika program itu diperkenalkan pada 2024.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

AYER KEROH – Parti Keadilan Rakyat (PKR) adalah satu-satunya parti yang melihat tuntutan Sabah dan Sarawak di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) sebagai agenda nasional. Presiden PKR, Datuk Seri Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP