Bazar Ramadan Rahmah: 159,720 pengguna terima manfaat e-dompet RM20

TAWAU – Seramai 159,720 pengunjung dan peniaga di Bazar Ramadan Rahmah (BRR) menerima manfaat Inisiatif Pendigitalan Sektor Peruncitan (ReDI) e-dompet sebanyak RM20 sehingga kini.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Dr Fuziah Salleh berkata, intensif ini dijangka semakin meningkat menjelang akhir ramadan.

“‘Cashless’ atau bayaran tanpa tunai ini mendapat sambutan yang amat baik dan kita lihat lebih 159,000 pengguna menerima manfaatnya.

“E-dompet ini juga memperkasa BBR melalui menu rahmah dan digitalisasi di bawah inisiatif Program Payung Rahmah MADANI yang diperkenal sejak 2023 yang menawarkan Menu Rahmah serendah RM5.

“Di Tawau setakat petang tadi lebih 1,000 baucar dimanfaat menerusi e-dompet ini,” katanya kepada media selepas tinjauan BRR di Sabindo Plaza, pada Jumaat.

Jelas Fuziah, sehingga semalam seramai 2,063 peniaga seluruh negara menawarkan Menu Rahmah termasuk 122 peniaga di 13 lokasi BRR di Sabah.

Mengulas lanjut pelaksanaan MySaveFood Ramadan, beliau berkata, bagi tempoh awal Ramadan sehingga semalam, sebanyak 57,991kg makanan berjaya diselamatkan di seluruh negara.

“KPDN melibatkan Gerakan Pengguna Siswa (GPS) dan di Sabah ni ada 165 ahli GPS dari 12 institut pengajian tinggi di Sabah.

“Tawau ada tiga dari IPG, Kolej Komuniti serta Politeknik dan mereka sebagai sukarelawan bergilir bertugas menyelamatkan makanan menimbang dan dan bawa balik ke kolej mereka.

“Semalam mereka selamatkan 400kg makanan dan minuman,” ujarnya.

Sementara itu, Fuziah juga memaklumkan penguatkuasaan IPS Pantau yang melindungi pengguna merekodkan 52,266 pemeriksaan seluruh negara, dengan 246 kes serta 1,128 aduan yang direkodkan.

Oleh itu, sebanyak 262 kompaun berjumlah RM59,500 dikeluarkan KPDN.

“Di Sabah 3,662 pemeriksaan dijalankan di 10 daerah termasuk 711 pemeriksaan di Tawau.

“Tiga kes kemudian diambil tindakan KPDN Tawau iaitu melibatkan dua kes di bawah AKHAP 2011 kerana tiada tanda harga dan satu kes di bawah Akta Timbang dan Sukat 1972 kerana alat timbang tidak ditentusahkan sepanjang Ops Pantau 2025 ini,” jelasnya.

Related Posts

MMKN tiada kuasa gantung tugas SUK, Penasihat Undang-Undang Negeri Sembilan – AGC

KUALA LUMPUR – Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Negeri Sembilan tidak mempunyai kuasa dari segi undang-undang untuk menggantung tugas Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) dan Penasihat Undang-Undang Negeri, kata Jabatan Peguam…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penggantungan SUK, Penasihat Undang-Undang: AMK Negeri Sembilan mahu penjelasan segera

ANGKATAN Muda Keadilan (AMK) Negeri Sembilan menggesa semua pihak menghormati Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959 serta proses perundangan berhubung keputusan penggantungan tugas Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Datuk Mohd Zafir…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MMKN tiada kuasa gantung tugas SUK, Penasihat Undang-Undang Negeri Sembilan – AGC

MMKN tiada kuasa gantung tugas SUK, Penasihat Undang-Undang Negeri Sembilan – AGC

Penggantungan SUK, Penasihat Undang-Undang: AMK Negeri Sembilan mahu penjelasan segera

Penggantungan SUK, Penasihat Undang-Undang: AMK Negeri Sembilan mahu penjelasan segera

MPNPHNS saran siasatan menyeluruh dakwaan usaha singkir Tuanku Muhriz

MPNPHNS saran siasatan menyeluruh dakwaan usaha singkir Tuanku Muhriz

Kecewa cara UMNO urus kemelut Tuanku Muhriz, ketua cawangan letak jawatan

Kecewa cara UMNO urus kemelut Tuanku Muhriz, ketua cawangan letak jawatan

Kontinjen Orang Asli tampil memeriahkan sambutan Maulidur Rasul Jengka

Kontinjen Orang Asli tampil memeriahkan sambutan Maulidur Rasul Jengka

China Eastern rancang tambah penerbangan Shanghai–Kota Kinabalu hingga tiga kali sehari

  • By Ezmie
  • September 22, 2026
China Eastern rancang tambah penerbangan Shanghai–Kota Kinabalu hingga tiga kali sehari