220 PATI Indonesia dipindah ke negara asal

TAWAU – Seramai 220 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia dipindah ke negara asal dari Pelabuhan Tawau ke Pulau Nunukan, Indonesia menggunakan pengangkutan laut, pada Khamis.

Pengarah Imigresen Sabah, Datuk SH Sitti Saleha Habib Yussof berkata, kesemua yang dipindah merupakan tahanan daripada Depot Imigresen Kota Kinabalu, Depot Imigresen Papar dan Depot Imigresen Sandakan.

“Mereka telah selesai menjalani hukuman mengikut peruntukan undang-undang yang telah ditetapkan serta mempunyai Sijil Perjalanan Laksana Paspor (SPLP) yang sah dan dikeluarkan oleh pihak Konsulat Jenderal Republik Indonesia (KJRI) untuk melayakkan diri mengikuti proses pemindahan asing ke negara asal.

“PATI yang terlibat berumur 8 bulan hingga 67 tahun dan kanak-kanak yang mengikuti program pemindahan ini turut diiringi oleh ibu bapa atau penjaga yang sah,” katanya dalam kenyataan media, pada Jumaat.

Menurut Saleha, jumlah PATI warganegara Indonesia yang berjaya dipindahkan ke negara asal sejak Januari hingga semalam adalah seramai 612 orang dan menjadikan jumlah keseluruhan PATI dipindah dari Sabah adalah 2,699 orang.

“Jabatan Imigresen tidak akan berkompromi dengan mana-mana warganegara asing yang menyalahgunakan pas serta kemudahan yang telah diberikan.

“Tindakan pendakwaan akan dikenakan kepada majikan serta pemilik premis yang menggaji warganegara asing tanpa dokumen perjalanan dan pas yang sah serta individu yang melakukan pelanggaran ke atas syarat pas atau permit seperti yang termaktub di bawah Akta 155 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963,” tegasnya.

Related Posts

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

IPOH – Pemuda Parti Amanah Perak menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meneliti sumber kekayaan yang dikaitkan dengan anak-anak bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

ARAU – Parti Wawasan Negara (Wawasan) terus melebarkan pengaruhnya di Perlis apabila sebahagian besar pimpinan Bersatu Bahagian Arau bersama 10 ketua cawangan mengumumkan keluar parti dan menyertai parti berkenaan. Perkembangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan