Chan gesa Jeffrey bawa isu kos tinggi pendaftaran digital pekerja asing dalam kabinet Sabah

KOTA KINABALU – Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Chan Foong Hin menggesa Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Jeffrey Kitingan untuk segera membangkitkan isu kos pendaftaran digital pekerja asing yang tinggi dalam mesyuarat kabinet Sabah.

Gesaan ini dibuat selepas Jeffrey pada baru-baru ini meluahkan kekecewaannya terhadap caj berlebihan yang dikenakan bagi proses pendaftaran digital pekerja asing di Sabah.

“Saya amat menggesa Datuk Seri Jeffrey Kitingan yang juga mengetuai Jawatankuasa Khas Kabinet mengenai Pendaftaran Digital Warga Asing untuk membangkitkan isu ini dalam mesyuarat Kabinet Negeri bagi penilaian dan semakan selanjutnya.

“Langkah ini penting untuk memastikan industri minyak sawit Sabah terus berdaya tahan,” katanya semasa Majlis Berbuka Puasa bersama Agensi di bawah Kementerian Perladangan dan Komoditi di The Palace Hotel, di sini pada Khamis.

Chan berkata, beliau bersetuju dengan cadangan Jeffrey supaya proses pendaftaran ini dibuat secara percuma bagi menggalakkan pekerja asing tanpa izin tampil secara sukarela untuk mendaftar.

“Sektor perladangan di Sabah, khususnya industri minyak sawit sangat bergantung kepada tenaga kerja asing.

“Melaksanakan pendaftaran digital secara percuma adalah penting bukan sahaja untuk merekodkan kehadiran pekerja ini, tetapi juga untuk memastikan rantaian bekalan minyak sawit Malaysia kekal sah dan mampan di pasaran antarabangsa,” katanya.

Beliau juga berkata, walaupun harga minyak sawit kekal menggalakkan namun kos pengeluaran juga tinggi.

Jelasnya, proses pendaftaran digital yang mahal boleh menambah tekanan kewangan dan memberi tekanan tambahan kepada pemain industri minyak sawit di Sabah.

Dalam perkembangan lain, Chan turut menekankan kepentingan Pameran Antarabangsa Koko Malaysia (MICF) 2025 yang berlangsung dari 25 hingga 27 Mei depan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC).

Sehubungan itu, beliau menggalakkan para pemain industri untuk menyokong MICF yang bertujuan untuk mempromosi koko Malaysia di peringkat antarabangsa, mengukuhkan hubungan dengan pelabur global serta memacu inovasi dalam industri koko negara.

“Koko merupakan kebanggaan Sabah dan saya menggesa semua pihak untuk bersama-sama menyumbang kepada kejayaan MICF 2025,” katanya.

Related Posts

Pentadbiran negeri mesti terus berfungsi, pelihara kepentingan rakyat – Tuanku Muhriz

SEREMBAN – Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir bertitah, pentadbiran kerajaan negeri wajar diteruskan dan berfungsi seperti biasa bagi memastikan kelangsungan tadbir urus berjalan dengan teratur serta…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tuntutan 40 peratus hasil Sabah hak rakyat, bukan agenda politik

KOTA KINABALU – Tuntutan 40 peratus hasil Sabah ditegaskan sebagai hak mutlak rakyat dan bukannya agenda mana-mana parti politik dalam Sesi Libat Urus melibatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pentadbiran negeri mesti terus berfungsi, pelihara kepentingan rakyat – Tuanku Muhriz

Pentadbiran negeri mesti terus berfungsi, pelihara kepentingan rakyat – Tuanku Muhriz

Agong akan tentukan Ketua Pesuruhjaya SPRM baharu, pilih calon terbaik

Agong akan tentukan Ketua Pesuruhjaya SPRM baharu, pilih calon terbaik

Tuntutan 40 peratus hasil Sabah hak rakyat, bukan agenda politik

Tuntutan 40 peratus hasil Sabah hak rakyat, bukan agenda politik

Ekonomi MADANI: Bukan sembang kosong atas kertas

Ekonomi MADANI: Bukan sembang kosong atas kertas

Remaja lelaki 14 tahun lemas ketika mandi sungai

Remaja lelaki 14 tahun lemas ketika mandi sungai

Sindiket dadah guna WhatsApp dan kurier tumpas, rampasan cecah RM16.8 juta

Sindiket dadah guna WhatsApp dan kurier tumpas, rampasan cecah RM16.8 juta