Sarjan polis didakwa minta rasuah gelang emas

KUANTAN – Seorang anggota polis berpangkat sarjan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas pertuduhan meminta suapan seutas gelang emas sebagai dorongan tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap seorang wanita, dua tahun lalu.

Tertuduh, Mohd Khairi Aswadi Mohamad, 46, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Sazlina Safie, lapor Berita Harian.

Tertuduh didakwa meminta seutas gelang emas sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap seorang wanita berusia 39 tahun yang juga suspek dalam kes pukul.

Ketika melakukan kesalahan itu, Khairi Aswadi sedang berkhidmat di Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Temerloh.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah restoran makanan segera di Taman Chengal, Temerloh jam 2 petang pada 15 April 2023.

Bagi kesalahan iu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24(1) akta sama.

Sabit kesalahan tertuduh berdepan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan diterima atau RM10,000, mengikut mana lebih tinggi.

Timbalan Pendakwa SPRM, Ezuain Farhana Ahmad mencadangkan jaminan RM12,000 dengan seorang penjamin.

Khairi Aswadi juga diminta melaporkan diri di pejabat SPRM berhampiran setiap bulan, tidak boleh mengganggu saksi pendakwaan dan menyerahkan pasport kepada mahkamah hingga kes selesai.

Sementara itu, peguam Datuk Bob Arumugam yang mewakili tertuduh, merayu jaminan dikurangkan kerana anak guamnya berkhidmat dengan pasukan polis selama 25 tahun.

Tertuduh dibenarkan ikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin dan mematuhi semua syarat tambahan dikemukakan pihak pendakwaan.

Sebutan semula kes ditetapkan pada 15 Mei ini.

Related Posts

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

KOTA KINABALU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah menahan seorang penjawat awam kerana disyaki mengemukakan dokumen mengandungi butir matan palsu melibatkan tuntutan kerja-kerja pembersihan berjumlah kira-kira RM1.3 juta. Menurut…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan

PADANG BESAR – Cubaan kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) melalui laluan haram di sempadan negara berjaya dipatahkan dalam Ops Pintas Kayang yang dilaksanakan di sekitar Padang Besar semalam. Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan

Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan

Malaysia tegas lindungi kepentingan rakyat dalam dunia tidak menentu

Malaysia tegas lindungi kepentingan rakyat dalam dunia tidak menentu

Perasmian MRSM Dungun perkukuh agenda STEM, lahir generasi Ulul Albab

Perasmian MRSM Dungun perkukuh agenda STEM, lahir generasi Ulul Albab

Ops Tiris 4.0: Pasukan petugas khas Sabah dan Labuan ditubuh bagi perkukuh penguatkuasaan

  • By Ynom
  • April 20, 2026
Ops Tiris 4.0: Pasukan petugas khas Sabah dan Labuan ditubuh bagi perkukuh penguatkuasaan

JPJ Melaka sita 5 kenderaan mewah nilai RM2.2 juta

JPJ Melaka sita 5 kenderaan mewah nilai RM2.2 juta