Program Ramadan Jazz 2025 tarik perhatian dengan gabungan elemen seni, keagamaan – Zulkifli

SANDAKAN – Program Ramadan Jazz 2025 The Elopura yang diadakan pada tahun ini menarik perhatian ramai dengan menampilkan gabungan elemen seni dan keagamaan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dr. Zulkifli Hassan berkata, program ini bertujuan bagi memperbanyakkan aktiviti keagamaan yang tidak hanya terhad kepada ceramah tetapi juga menggabungkan dimensi seni yang dapat menarik pelbagai golongan termasuk anak muda.

“Program yang terbuka ini membawa pendekatan dakwah yang baru dan efektif dengan pengisian tazkirah serta tausiah yang dapat mendidik hati dan jiwa para peserta.

“Ia memberi peluang kepada masyarakat untuk menikmati hiburan yang mendidik dan memperkukuhkan semangat Ramadan yang bukan hanya untuk umat Islam tetapi untuk membina keharmonian dalam masyarakat,” katanya kepada wartawan The Malaysia Press selepas merasminkan Program Ramadan Jazz 2025 di Dataran Plazza Habour Mall Sandakan, di sini, pada Sabtu.

Jelas Zulkifli, program ini adalah bukti keberhasilan dalam pendekatan dakwah berhikmah yang memberi impak positif terutamanya dalam menarik lebih ramai pengunjung.

“Kita dapat memperlihatkan kepada masyarakat bahawa Islam adalah agama yang penuh dengan rahmah, damai dan serta mempromosikan keamanan dalam kehidupan bersama.

“Sudah tentu memberi kesan yang sangat baik dalam mempereratkan hubungan silaturahim dan mempromosikan nilai-nilai murni dalam semangat Ramadan,” katanya.

Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan sepanjang hari antaranya solat Subuh berjemaah, program kebajikan di Penjara Sandakan, perasmian Wacana Madani di SMK Agama Tun Juhar serta menyediakan 1,200 bekas bubur lambuk dengan kerjasama warga PPR Lintas Sibuga dan mengagihkannya kepada warga Sandakan.

Prorgam turut diserikan dengan persembahan lagu-lagu dakwah oleh pemuzik tempatan dan jemputan daripada Afad (Raihan), kumpulan Atomic Power dan Mawar Buskers.

Zulkifli turut menzahirkan penghargaan kepada penganjur, pengusaha The Elopura Hotel, Datuk Mohd Afendi; Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Sabah, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Sandakan, JHEAINS Sandakan serta semua agensi yang terlibat melaksanakan Ramadan Jazz 2025.

Related Posts

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

MIRI – Kesemua lima mangsa yang menaiki sebuah helikopter sewa khas bagi Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) disahkan maut selepas pesawat berkenaan terhempas di hujung landasan STOLport Long Lellang pada petang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

KUALA PERLIS – Lapan pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar ditinggalkan di dalam sebuah sampan selepas dua lelaki dipercayai tekong dan awak-awak terjun ke kawasan berlumpur sebelum melarikan diri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar