Sindiket beli kad ATM tumpas, dua diberkas

KOTA KINABALU – Polis berjaya menumpaskan sindiket pembelian kad ‘Automated Teller Machine’ (ATM) dengan menahan dua individu yang disyaki terlibat dalam kegiatan tersebut.

Sindiket tersebut dipercayai membeli kad ATM dengan harga antara RM500 hingga RM1,000 untuk digunakan dalam kegiatan penipuan tanpa pengetahuan pemilik asal.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner (ACP) Kasim Muda berkata, sepanjang lima bulan lalu, seramai 21 individu yang dikenal pasti terlibat dalam sindiket ini telah ditahan.

“Penahanan mereka hasil tiga serbuan di sekitar daerah ini, turut membawa kepada rampasan 125 keping kad ATM daripada pelbagai institusi kewangan,” katanya dalam kenyataan media, pada Selasa.

Sehubungan itu, dalam serbuan terbaru pada 6 Mac lalu sekitar pukul 7.30 malam, dua suspek ditahan ketika cuba membeli kad ATM daripada pemilik asal.

“Kedua-dua suspek menawarkan bayaran antara RM500 hingga RM1,000 bagi setiap kad,” katanya.

Kasim berkata, ketika tangkapan dibuat polis turut merampas 10 keping kad ATM yang dipercayai milik individu lain.

“Kedua-dua suspek ditahan reman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan Seksyen 120B akta sama,” katanya lagi.

Pihak polis turut menasihatkan orang ramai agar tidak menjual, menyewa, atau menyerahkan kad ATM mereka kepada mana-mana individu atau pihak tertentu.

Tegas beliau, jika kad ATM digunakan untuk tujuan penipuan, pemiliknya boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Seksyen 424B Kanun Keseksaan serta denda antara RM10,000 hingga RM100,000, penjara antara satu hingga tujuh tahun atau kedua-duanya sekali.

Related Posts

RCI TH: Majlis Ulama UMNO tidak akan pertahan salah laku, penyelewengan

MAJLIS Ulama UMNO menegaskan bahawa parti itu tidak akan mempertahankan sebarang salah laku sekiranya terbukti berlaku di dalam pengurusan Lembaga Tabung Haji (TH). Pengerusinya, Datuk Dusuki Ahmad berkata, parti itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Komuniti Piasau Utara kupas kesan baik dan buruk teknologi AI

MIRI – Masyarakat setempat berpeluang menilai impak penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) menerusi Sesi Interaktif Bersama Komuniti X NADI di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Piasau Utara pada Rabu. Program…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RCI TH: Majlis Ulama UMNO tidak akan pertahan salah laku, penyelewengan

RCI TH: Majlis Ulama UMNO tidak akan pertahan salah laku, penyelewengan

Rakyat Malaysia disyaki ‘scammer’ ditahan di Pakistan, PDRM hantar pasukan penyiasat

Rakyat Malaysia disyaki ‘scammer’ ditahan di Pakistan, PDRM hantar pasukan penyiasat

Komuniti Piasau Utara kupas kesan baik dan buruk teknologi AI

Komuniti Piasau Utara kupas kesan baik dan buruk teknologi AI

28 rumah musnah dijilat api di Pulau Nunuyan Laut

  • By Fandi
  • August 19, 2026
28 rumah musnah dijilat api di Pulau Nunuyan Laut

Pahang berjaya noktah miskin tegar

Pahang berjaya noktah miskin tegar

Sembilan kru Myanmar, tiga bot tunda ditahan atas pelbagai kesalahan

Sembilan kru Myanmar, tiga bot tunda ditahan atas pelbagai kesalahan