Sarawak peneraju tenaga hijau melalui kerjasama strategik Mitsubishi Heavy Industries

KUCHING – Kerjasama strategik dengan Mitsubishi Heavy Industries (MHI) bakal melonjakkan Sarawak sebagai peneraju tenaga hijau di rantau ini.

Pengurus Besar Kanan, Bahagian Perniagaan GTCC, Sistem Tenaga Mitsubishi Heavy Industries, Ltd. (MHI), Takuya Murase berkata, pembinaan Loji Janakuasa Kitaran Gabungan (CCGT) di Miri bakal beroperasi pada akhir Disember 2027 bukan sekadar projek tenaga biasa tetapi permulaan kerjasama erat antara Sarawak dengan MHI berkaitan teknologi hidrogen.

“Kami sudah menerima tempahan untuk membekalkan loji kuasa CCGT di Miri yang direka khas untuk menggunakan hidrogen sebagai bahan bakar,” ujar Takuya.

Tambah Takuya, ini merupakan pencapaian terbesar dalam usaha memperkukuh masa depan tenaga hijau di Sarawak. 

Beliau berkata demikian selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Wisma Bapa Malaysia pada Selasa.

Sementara itu, Takuya bersama-sama delegasi dijadualkan akan mengadakan lawatan ke Miri esok bagi meninjau perkembangan terkini Loji Janakuasa Turbin Gas Kitaran Gabungan (GTCC).

“Saya sendiri akan melihat perkembangan pesat Sarawak di lapangan. Saya juga akan ke Miri esok untuk berbincang lanjut mengenai projek ini,” tambah Takuya. 

Kerjasama ini selaras dengan aspirasi Sarawak untuk menjadi pemacu utama tenaga hijau di rantau ini, sejajar dengan pelan pembangunan ekonomi rendah karbon yang digariskan oleh kerajaan Sarawak. 

Related Posts

Op Hazard serbu stor e-waste haram, 11 warga asing diberkas

SEBERANG PERAI – Polis membongkar sebuah premis yang dipercayai menjalankan aktiviti penyimpanan dan pemprosesan sisa elektronik (e-waste) secara haram menerusi Op Hazard di Lorong Pengkalan Indah, Bukit Tengah di sini,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sabah sasar hab tenaga hijau serantau, rancang agenda Beyond SMJ 2.0

KOTA KINABALU – Sabah berpotensi menjadi hab tenaga hijau serantau menerusi pembangunan Ocean Thermal Energy Conversion (OTEC) di bawah agenda Blue Economy, sekali gus menyokong hala tuju pembangunan jangka panjang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Op Hazard serbu stor e-waste haram, 11 warga asing diberkas

Op Hazard serbu stor e-waste haram, 11 warga asing diberkas

Sabah sasar hab tenaga hijau serantau, rancang agenda Beyond SMJ 2.0

Sabah sasar hab tenaga hijau serantau, rancang agenda Beyond SMJ 2.0

Sabah percepat reformasi pentadbiran, kerjasama Persekutuan-Negeri demi lonjak pembangunan SMJ 2.0

Sabah percepat reformasi pentadbiran, kerjasama Persekutuan-Negeri demi lonjak pembangunan SMJ 2.0

Persidangan ICRTH 2026 angkat Miri destinasi pelancongan dunia

Persidangan ICRTH 2026 angkat Miri destinasi pelancongan dunia

Soon Koh bidas Dr Sim umum calon DUN Bawang Assan

Soon Koh bidas Dr Sim umum calon DUN Bawang Assan

Sarawak perkukuh pelancongan bertanggungjawab pacu pembangunan mampan

Sarawak perkukuh pelancongan bertanggungjawab pacu pembangunan mampan