Institusi pondok berpotensi jadi rakan strategik KDN bendung fahaman ekstremisme- Saifuddin

SUNGAI PETANI – Institusi pondok berpotensi menjadi rakan strategik kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM), khususnya dalam usaha membendung ekstremisme serta memperkukuh kefahaman mengenai Islam.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, institusi pondok memiliki kekuatan tersendiri yang boleh dimanfaatkan melalui kerjasama dengan KDN dan PDRM.

“Institusi pondok telah menjadi benteng akidah umat sejak zaman penjajahan dan terus memainkan peranan penting hingga hari ini. Saya melihat ada ruang untuk KDN dan pasukan polis mendekati serta bekerjasama dengan mereka.

“Banyak idea daripada mereka yang boleh membantu dalam memperjelaskan keadaan dalam masyarakat kita hari ini, khususnya dalam membina kefahaman antara Muslim dan bukan Muslim, hubungan sesama Muslim, serta interaksi Muslim dengan bukan Muslim,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penerapan Nilai-nilai Murni Menteri Dalam Negeri bersama Jabatan Penjara Malaysia di sini, semalam.

Saifuddin Nasution menambah, institusi pondok juga berperanan dalam menangani isu 3R (agama, kaum, institusi Diraja) yang sering dipolemikkan secara berlebihan di media sosial, sehingga mencetuskan ketegangan serta kebimbangan dalam kalangan masyarakat.

“Saya yakin jika kepimpinan KDN dan polis dapat mendekati, mendengar, berinteraksi dan melibatkan institusi pondok dalam usaha ini, ia akan membawa manfaat besar,” katanya.

Sementara itu, beliau memaklumkan bahawa KDN sedang memperkukuh pelaksanaan hukuman alternatif bagi menangani masalah kesesakan penjara di negara ini.

Menurutnya, meskipun kadar kesesakan penjara masih dalam julat piawaian antarabangsa, namun jumlah banduan yang kini mencecah 80,000 orang melebihi kapasiti sebenar sebanyak 72,000 banduan.

“Bagi mengatasi isu ini, kita melaksanakan hukuman alternatif seperti sistem parol, pembebasan berlesen, perintah kehadiran wajib, tahanan di rumah serta perancangan penggunaan peranti pemantauan elektronik (electronic monitoring device).

“Langkah ini bertujuan mengelakkan kesesakan penjara, yang boleh menjejaskan keadaan persekitaran, mencetuskan masalah kesihatan, meningkatkan risiko pergaduhan dan memberi tekanan kepada warden penjara,” katanya.

Related Posts

463 permohonan turunkan kandungan berita palsu diterima MCMC

PUTRAJAYA – Sebanyak 463 permohonan untuk menurunkan kandungan berita palsu berkaitan krisis bekalan global di platform media sosial diterima Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) setakat jam 7 pagi, hari…

Lebih lanjut

teruskan membaca
BDR bantu jimat lebih 300,000 liter bahan api dalam tempoh seminggu

PUTRAJAYA – Pelaksanaan kaedah bekerja dari rumah (BDR) dalam sektor awam mencatatkan penjimatan kira-kira 334,000 liter bahan api bernilai lebih RM678,000 dalam tempoh seminggu. Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

463 permohonan turunkan kandungan berita palsu diterima MCMC

463 permohonan turunkan kandungan berita palsu diterima MCMC

BDR bantu jimat lebih 300,000 liter bahan api dalam tempoh seminggu

BDR bantu jimat lebih 300,000 liter bahan api dalam tempoh seminggu

200 juta liter diesel ke Australia bukan dari Malaysia – Fahmi

200 juta liter diesel ke Australia bukan dari Malaysia – Fahmi

Cuaca panas: Miri mohon tambahan anggota bomba, peruntukan tangani kebakaran belukar

Cuaca panas: Miri mohon tambahan anggota bomba, peruntukan tangani kebakaran belukar

STEM Catalysts 2026 latih 260 pelajar Sebuyau kuasai teknologi

STEM Catalysts 2026 latih 260 pelajar Sebuyau kuasai teknologi

MADANI Mart permudah akses barangan asas pada harga berpatutan

MADANI Mart permudah akses barangan asas pada harga berpatutan