Bekas pelatih Henry Gurney dituduh bunuh rakan tanpa niat

MELAKA – Bekas pelatih Sekolah Henry Gurney dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini, hari ini, atas pertuduhan membunuh tanpa niat empat tahun lalu.

Muhammad Daniel Akmal, 21, dituduh melakukan kesalahan tersebut terhadap rakan sepelatihnya bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menyebabkan kematian Che Ku Rizal Faqimi Che Ku Ridzuan yang ketika itu berusia19 tahun dengan niat menyebabkan kematian.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Blok Hang Tuah, Sekolah Henry Gurney, Telok Mas, daerah Melaka Tengah, antara jam 4.50 hingga 5.50 petang 28 Januari 2020.

Mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan, tertuduh boleh dipenjara maksimum 30 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Rashidah Baharom tidak menawarkan sebarang jaminan kepada tertuduh yang diwakili peguam K Shareveen.

Mahkamah sebulat suara menetapkan sebutan semula kes pada 2 September depan beserta serahan dokumen.

Related Posts

Gambar disalah guna, Dr Zaliha nafi ada kaitan penempatan Rohingya

DATUK Seri Dr Zaliha Mustafa menafikan dakwaan bahawa beliau pernah menjemput seorang individu ke majlis perasmian atau pecah tanah bagi penempatan baharu etnik Rohingya. Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‘Hutang ciput’, tetapi rakyat berhak tuntut cerita penuh kewangan Terengganu

KERAJAAN Negeri Terengganu tidak boleh sekadar meraikan penurunan hutang dan peningkatan hasil melalui slogan politik tanpa menjelaskan secara menyeluruh kedudukan kewangan negeri serta manfaat sebenar yang diterima rakyat. Rencana terbaharu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Gambar disalah guna, Dr Zaliha nafi ada kaitan penempatan Rohingya

Gambar disalah guna, Dr Zaliha nafi ada kaitan penempatan Rohingya

‘Hutang ciput’, tetapi rakyat berhak tuntut cerita penuh kewangan Terengganu

‘Hutang ciput’, tetapi rakyat berhak tuntut cerita penuh kewangan Terengganu

Program Sarawakku Sayang Betong tarik 97,225 pengunjung

Program Sarawakku Sayang Betong tarik 97,225 pengunjung

Tidak sokong Pas bukan ukuran iman seseorang – Zuliadin

Tidak sokong Pas bukan ukuran iman seseorang – Zuliadin

Gagal redakan krisis Negeri Sembilan, UMNO berdepan persepsi utamakan politik

Gagal redakan krisis Negeri Sembilan, UMNO berdepan persepsi utamakan politik

New Age Movement: JAKIM tegur, dapatkan penjelasan Marhamah

New Age Movement: JAKIM tegur, dapatkan penjelasan Marhamah