YAPEIM komited bantu golongan memerlukan melalui Ramadan MADANI – Mustapha

KOTA KINABALU – Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) terus komited dalam membantu golongan memerlukan menerusi Program Ramadan MADANI YAPEIM 2025.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mustapha Sakmud, berkata program ini adalah inisiatif tahunan YAPEIM yang bertujuan menyampaikan sumbangan hasil caruman masyarakat kepada golongan yang memerlukan, khususnya pelajar institusi pendidikan.

“Hari ini, kita menyumbangkan bantuan kepada 100 pelajar Politeknik, 100 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) dan 100 pelajar sekolah rendah, sejajar dengan semangat bulan Ramadan yang penuh keberkatan.

“Jadi kita harap agar anak-anak ini dapat memanfaat sumbangan ini sebaik mungkin.

“Kita juga harap kepada masyarakat di luar sana terum memberi sumbangan kepada YAPEIM untuk kita sumbang kembali kepada masyarakat,” katanya ketika ditemui media sempena program Ramadan Madani YAPEIM 2025 anjuran YAPEIM di Pusat Islam Politeknik Kota Kinabalu (PKK), pada Ahad.

Dalam pada itu, Mustapha turut menyatakan bahawa Sabah dipilih sebagai lokasi pertama bagi program ini, dengan Parlimen Sepanggar menjadi perintis sebelum diperluaskan ke negeri lain.

“Saya berterima kasih kepada YAPEIM kerana memilih Sabah sebagai negeri pertama dan Parlimen Sepanggar sebagai lokasi pertama program ini.

“Penekanan tahun ini adalah untuk melibatkan lebih banyak Institut Pengajian Tinggi (IPT) dalam program ini,” tambahnya.

Sehubungan itu, katanya, sebanyak RM47,000 diperuntukkan bagi keseluruhan program.

“Kita harap YAPEIM terus membantu anak-anak kita sebab rata-rata golongan pelajar di IPT ini 60 peratus adalah B40, jadi memang amat memerlukan.

“Kita harap bantuan ini dapat memberi semangat kepada anak-anak kita agar lebih bersungguh-sungguh dalam pendidikan mereka.

“Peranan agensi seperti YAPEIM sangat penting dalam membantu masyarakat, terutama pelajar daripada keluarga kurang berkemampuan,” katanya lagi.

Selain program ini, beliau berkata Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) melalui Yayasan Perkasa Siswa akan terus membantu pelajar B40 yang menghadapi kesukaran.

“Sebagai contoh, baru-baru ini seorang pelajar Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) mengalami kemalangan di Tuaran.

“Kita telah menyalurkan bantuan sebanyak RM2,000 serta menguruskan insurans dan perbelanjaan perjalanan pelajar berkenaan,” ujar beliau.

Pada majlis sama, turut diadakan penyerahan bantuan daripada YAPIEM.

Sumbangan berupa wang tunai YAPEIM Didik berjumlah RM10,000 untuk 100 orang pelajar PKK, RM5,000 untuk 50 pelajar SMK Bandaraya dan RM5,000 untuk 50 pelajar SMK Pekan Telipok.

Turut menerima bantuan tunai RM5,000 untuk 50 pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Malawa dan RM5,000 untuk 50 pelajar SK Pekan Telipok.

Majlis penyerahan itu disempurnakan oleh Mustapha yang juga merupakan Ahli Parlimen Sepanggar.

Related Posts

Pegawai Daerah perlu proaktif, berani ambil pendekatan baharu – Hajiji

KENINGAU – Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor mahu Pegawai Daerah dan Pegawai Daerah Kecil sentiasa mengamalkan budaya kerja yang responsif, proaktif dan berintegriti serta berani mengambil pendekatan baharu.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hampir RM1 bilion diperuntukkan untuk tiga sektor utama Sabah

KENINGAU – Kerajaan Sabah memperuntukkan hampir RM1 bilion tahun ini bagi pembangunan sektor pertanian, perindustrian dan pelancongan yang terus menjadi antara pemacu utama pertumbuhan ekonomi negeri. Ketua Menteri Sabah, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pegawai Daerah perlu proaktif, berani ambil pendekatan baharu – Hajiji

Pegawai Daerah perlu proaktif, berani ambil pendekatan baharu – Hajiji

Hampir RM1 bilion diperuntukkan untuk tiga sektor utama Sabah

Hampir RM1 bilion diperuntukkan untuk tiga sektor utama Sabah

Pemansuhan AUKU realisasi perjuangan Anwar sejak zaman mahasiswa

Pemansuhan AUKU realisasi perjuangan Anwar sejak zaman mahasiswa

Puad persoal ‘Sijil Audit Bersih’ TH ketika laporan 2017 ada EOM

Puad persoal ‘Sijil Audit Bersih’ TH ketika laporan 2017 ada EOM

MPAJ keluarkan 24 kompaun dalam operasi cegah denggi

MPAJ keluarkan 24 kompaun dalam operasi cegah denggi

Kasihnya Warisan rangkul RM10,000, dinobat Raja Sungai Pesta N58 Balingian

Kasihnya Warisan rangkul RM10,000, dinobat Raja Sungai Pesta N58 Balingian