Pengundi diseru sokong penuh Hamild terus terajui DUN Balung

TAWAU – Pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Balung diseru agar terus memberi sokongan padu kepada penyandangnya, Datuk Hamild@Hamid Awang sekiranya masih diberi mandat menjadi calon pada Pilihan Raya ke-17 Negeri (PRN17) Sabah akan datang.

Ketua Wanita Gagasan Rakyat Balung, Norsiah Bayai berkata, sokongan itu penting sebagai usaha kepada kesinambungan pembangunan dan sebarang perancangan berjalan lancar dan cepat.

“Pilihan Raya Negeri ke-17 boleh tiba bila-bila masa dan kepimpinan Hamild bukan sekadar kata-kata, tetapi telah terbukti melalui kerja keras dan keprihatinannya terhadap rakyat Balung.

“Maka, sewajarnya beliau diberikan peluang sekali lagi untuk terus mewakili kita di DUN, agar segala perancangan yang telah dimulakan dapat diteruskan demi kebaikan masyarakat,” katanya selepas Majlis Tadarus Khatam Al-Quran di PPR Sri Balung, pada Ahad.

Dalam pada itu, Norsiah menzahirkan setinggi penghargaan kepada Hamild dan isterinya yang juga Ahli Mutiara GRS Sabah, Asmah Mustamad atas sokongan penuh penganjuran program terbabit.

Katanya, itu membuktikan kepercayaan pergerakan wanita untuk terus berkhidmat kepada masyarakat serta peranan wanita dalam memperkukuh syiar Islam dalam memperkasakan institusi kekeluargaan dan masyarakat.

Norsiah turut memuji kehadiran Beliawanis yang menunjukkan komitmen penuh terhadap majlis ilmu berkenaan yang kebiasaannya didominasi oleh golongan lebih berusia.

“Ini adalah bukti bahawa wanita muda kita bukan sekadar sibuk dengan urusan duniawi, tetapi juga peka terhadap pembinaan rohani dan intelektual.

“Semoga penyertaan aktif Beliawanis ini menjadi pemangkin kepada lebih ramai anak muda agar warisan Islam terus dipelihara dan berkembang di tanah air kita,” ujarnya.

Majlis itu disertai 98 peserta dari pergerakan sayap Wanita dan Beliawanis Gagasan Rakyat DUN Balung.

Related Posts

Suara kumpulan perhimpunan di Kota Kinabalu akan diteliti – Mustapha

KOTA KINABALU – Kerajaan Persekutuan Negeri akan meneliti perkara yang disuarakan kedua-dua kumpulan dalam perhimpunan iaitu Suara Mahasiswa dan Gerakan Kuasa Rakyat Malaysia (G57) yang berlangsung di sekitar Kota Kinabalu,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Buka semula dakwaan rasuah RM1.5 bilion Shafie Apdal – G57

KOTA KINABALU – Gerakan Kuasa Rakyat Malaysia (G57) mendesak agar kes siasatan dipercayai penyelewengan dana berjumlah RM1.5 bilion didakwa membabitkan bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, dibuka…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Keberanian berdialog cerminan kematangan masyarakat – PM

Keberanian berdialog cerminan kematangan masyarakat – PM

Anwar seru Bangsa Johor pilih kepimpinan berani, berprinsip

Anwar seru Bangsa Johor pilih kepimpinan berani, berprinsip

Puad Zarkashi zahir sokongan terbuka kepada PM, Maszlee di Puteri Wangsa

Puad Zarkashi zahir sokongan terbuka kepada PM, Maszlee di Puteri Wangsa

Maszlee mahu FELDA Ulu Tebrau keluar daripada bayangan kawasan pinggiran

Maszlee mahu FELDA Ulu Tebrau keluar daripada bayangan kawasan pinggiran

Suara kumpulan perhimpunan di Kota Kinabalu akan diteliti – Mustapha

Suara kumpulan perhimpunan di Kota Kinabalu akan diteliti – Mustapha

Papan iklan kempen Nor Zulaila diconteng

Papan iklan kempen Nor Zulaila diconteng