Projek E-ART Johor bakal bermula suku ketiga tahun ini

JOHOR BAHRU – Projek Transit Laju Autonomi Bertingkat (E-ART) di tiga koridor utama di Johor dijangka bermula pada suku ketiga tahun ini.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, Permohonan Cadangan Projek (RFP) bagi E-ART akan dibuka pada bulan ini.

“Pengangkutan awam yang efisien bukan lagi satu pilihan, tetapi keperluan bagi memastikan rakyat dapat bergerak dengan mudah, menjimatkan masa dan kos, serta mengurangkan kesesakan lalu lintas Johor.

“Mengambil kira kos, jangka masa dan keperluan ketika ini, RFP bagi E-ART akan dibuat pada bulan Mac ini dan insya-Allah jika semuanya berjalan dengan baik dan lancar, maka projek ini akan bermula suku ketiga tahun ini,” katanya.

Perkembangan itu dimaklumkan selepas beliau mengadakan pertemuan dengan Ketua Pengarah Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS), Muhammad Razman Abu Samah, bagi membincangkan inisiatif pengangkutan awam di negeri itu.

Pengoperasian E-ART dijangka memperluaskan akses pengangkutan awam di tiga kawasan utama, iaitu Skudai, Tebrau dan Iskandar Puteri.

Inisiatif itu juga dilihat dapat menjimatkan masa dan kos perjalanan selain membantu mengurangkan kesesakan trafik.

Sebelum ini, Kerajaan Persekutuan bersetuju membangunkan sistem pengangkutan E-ART di bandar raya Johor Bahru bagi menyokong perkhidmatan Sistem Rapid Transit (RTS) Link Johor Bahru-Singapura.
 
Pembinaan E-ART seperti dihasratkan Kerajaan Johor mampu dibangunkan dengan lebih cepat berbanding Sistem Transit Aliran Ringan (LRT) selain infrastrukturnya yang lebih fleksibel kerana melibatkan rel dan laluan bas.

Related Posts

Kepimpinan negara tidak boleh dinilai melalui persepsi semata-mata

KEBELAKANGAN ini semakin banyak naratif politik cuba dibina untuk menggambarkan sesetengah tokoh pembangkang sebagai ‘pemimpin alternatif terbaik’ kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Antara yang sering diketengahkan ialah Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
CTS Horizon sokong transformasi digital Sabah melalui kerjasama strategik

KOTA KINABALU – Sabah melangkah lebih dekat ke era digital penuh apabila CTS Horizon Sdn. Bhd. menyatakan komitmen mereka untuk memperkukuh infrastruktur telekomunikasi dan keterhubungan negeri ini. Timbalan Ketua Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kepimpinan negara tidak boleh dinilai melalui persepsi semata-mata

Kepimpinan negara tidak boleh dinilai melalui persepsi semata-mata

CTS Horizon sokong transformasi digital Sabah melalui kerjasama strategik

CTS Horizon sokong transformasi digital Sabah melalui kerjasama strategik

Pengiktirafan kecemerlangan SPM, STAM 2025 bukti pelajar Sabah mampu bersaing

Pengiktirafan kecemerlangan SPM, STAM 2025 bukti pelajar Sabah mampu bersaing

Penerbangan ihsan JBPM selamatkan pesakit tenat dari pedalaman Long Lobang

Penerbangan ihsan JBPM selamatkan pesakit tenat dari pedalaman Long Lobang

Kerajaan Persekutuan tambah RM50 juta selamatkan LRA Sungai Limau

Kerajaan Persekutuan tambah RM50 juta selamatkan LRA Sungai Limau

Pembantu kedai kopi tak mengaku khianat rempuh 12 kenderaan di George Town

Pembantu kedai kopi tak mengaku khianat rempuh 12 kenderaan di George Town