Rakyat Malaysia selamat, tiada terkorban serangan bom di Golok

TIADA rakyat Malaysia yang terbabit dalam serangan bom dan tembakan yang berlaku di Sungai Golok, malam tadi.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat yang berkata, pihaknya akan mendapatkan maklumat terperinci daripada pihak berkuasa Thailand berhubung kejadian tersebut.

“Susulan kejadian yang berlaku malam tadi, saya dimaklumkan tiada rakyat Malaysia atau dari Kelantan yang terbabit dan cedera.

“Namun saya akan dapatkan maklumat terperinci daripada pihak berkuasa di sana,” katanya dipetik Harian Metro.

Dalam pada itu, Mohd Yusoff menasihati rakyat Malaysia supaya tidak mengunjungi kawasan berkenaan buat sementara waktu.

Dalam kejadian di hadapan Pejabat Daerah Sungai Golok itu, dua sukarelawan polis Thailand maut, manakala lapan lagi cedera.

Serangan berlaku kira-kira 7.10 malam waktu tempatan (8.20 malam waktu Malaysia), kira-kira sejam selepas umat Islam di wilayah itu berbuka puasa.

Jurucakap polis Sungai Golok berkata, insiden tembakan dan serangan bom itu berlaku di sepanjang Jalan Sungai Golok-Sungai Padi, berhampiran pasar raya Big C yang sering dikunjungi rakyat Malaysia.

Related Posts

Kerajaan lulus bayaran pendahuluan IPKP RM200 sehektar kepada pesawah

PUTRAJAYA – Kerajaan bersetuju melaksanakan bayaran pendahuluan Insentif Pembajakan kepada Pesawah (IPKP) sebanyak RM200 sehektar kepada pesawah padi berdaftar di seluruh negara bagi memastikan aktiviti penanaman padi dapat diteruskan walaupun…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan laksana pengurangan sewa premis agensi mulai bulan ini

PUTRAJAYA – Kerajaan akan melaksanakan pengurangan kadar sewa bagi premis milik agensinya bermula bulan ini sebagai langkah membantu peniaga yang terkesan dengan keadaan ekonomi semasa. Perdana Menteri berkata, inisiatif tersebut…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan lulus bayaran pendahuluan IPKP RM200 sehektar kepada pesawah

Kerajaan lulus bayaran pendahuluan IPKP RM200 sehektar kepada pesawah

Kerajaan laksana pengurangan sewa premis agensi mulai bulan ini

Kerajaan laksana pengurangan sewa premis agensi mulai bulan ini

KPDN buka pendaftaran SKDS dalam talian dan fizikal di Sabah, Sarawak dan Labuan

KPDN buka pendaftaran SKDS dalam talian dan fizikal di Sabah, Sarawak dan Labuan

Kad Kesihatan Kasih Makmur beri manfaat 10,000 veteran tentera, polis

Kad Kesihatan Kasih Makmur beri manfaat 10,000 veteran tentera, polis

Rafizi Ramli hadir ke SPRM, siasatan pelaburan RM1.1 bilion diteruskan

Rafizi Ramli hadir ke SPRM, siasatan pelaburan RM1.1 bilion diteruskan

Dua maut, dua cedera dalam kemalangan di Manek Urai

Dua maut, dua cedera dalam kemalangan di Manek Urai