Demi stabilkan harga, FAMA bawa masuk 743 tan metrik kelapa

KUALA LUMPUR – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan FAMA Corporation Sdn. Bhd. (FAMACO) membawa masuk bekalan kelapa tua dikupas sebanyak 734 tan metrik dari Sabah dan Indonesia dengan nilai belian berjumlah RM2.01 juta, sehingga Selasa lalu.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, bekalan produk itu seterusnya diedarkan oleh 42 buah Pusat Operasi FAMA ke pasaran melalui 509 buah outlet pemasaran FAMA seperti Agrobazaar Kedai Rakyat (AKR), Agrobazaar Rakyat (ABR), Pasar Tani, Pasar Tani Kekal.

Menurutnya, sebahagian bekalan turut diagihkan kepada 16 pemborong dan 202 orang usahawan santan di seluruh negara,

“Buat masa ini negara pengimport kelapa seperti Indonesia tidak mengurangkan jumlah import mereka ke Malaysia namun bertindak menaikkan harga barangan tersebut.

“Indonesia tidak mengurangkan jualan kelapa kepada Malaysia cuma mereka naikkan harga. Itu hak mereka kerana kita tahu pasaran kelapa bergantung kepada permintaan dan penawaran,” katanya menjawab soalan lisan di Persidangan Dewan Rakyat, pada Khamis.

Dalam pada itu, Mohamad berkata, lonjakan harga produk berasaskan kelapa terutamanya santan adalah disebabkan oleh beberapa faktor utama.

“Peningkatan harga kelapa di pasaran sejak November 2024 berpunca daripada kenaikan harga kelapa import dari Indonesia berikutan kekurangan bekalan serta peningkatan eksport kelapa Indonesia ke China.

“Kesannya, harga kelapa tempatan turut meningkat kerana permintaan yang lebih tinggi. Selain itu, trend petani tempatan yang lebih cenderung menjual kelapa muda berbanding kelapa tua turut menyumbang kepada bekalan yang tidak mencukupi untuk pemprosesan santan,” katanya.

Related Posts

Mukhlis Mubin, calon Gen Z dengan kekuatan tersendiri

LATAR pendidikan undang-undang, pengalaman kepimpinan mahasiswa dan pencapaian dalam pertandingan pidato antarabangsa menjadi kelebihan calon muda Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi pada Pilihan Raya Negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Beri anak muda seperti Mukhlis Mubin peluang, jangan bunuh karakter calon Gen Z

CALON muda yang diketengahkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka seperti calon Pakatan Harapan (PH) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi, Mukhlis Mubin perlu diberi ruang untuk membuktikan kemampuan dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Mukhlis Mubin, calon Gen Z dengan kekuatan tersendiri

Mukhlis Mubin, calon Gen Z dengan kekuatan tersendiri

Beri anak muda seperti Mukhlis Mubin peluang, jangan bunuh karakter calon Gen Z

Beri anak muda seperti Mukhlis Mubin peluang, jangan bunuh karakter calon Gen Z

Warisan layang-layang perlu terus dipelihara generasi muda – Hasbi

Warisan layang-layang perlu terus dipelihara generasi muda – Hasbi

Kewibawaan Akmal dipersoal, ramai mula sokong Ayu di Merlimau

Kewibawaan Akmal dipersoal, ramai mula sokong Ayu di Merlimau

Pelajar Tingkatan Enam terima elaun mulai semester pertama

Pelajar Tingkatan Enam terima elaun mulai semester pertama

“Keluar sahaja daripada BN” – DAP cabar MCA

“Keluar sahaja daripada BN” – DAP cabar MCA