Warga emas hilang selepas terjun sungai

TENOM – Seorang warga emas dilaporkan hilang selepas terjun dari jambatan ke sungai di Kampung Binai, di sini, pada Selasa.

Mangsa lelaki yang berbangsa Cina itu belum ditemukan sehingga hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tenom, Penolong Penguasa Bomba (PPgB), Mudi Pengiran berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan itu pada pukul 3.39 petang.

“Pada hari pertama operasi mencari dan menyelamat (SAR) pasukan bomba menggunakan bot penyelamat secara ‘water surface’.

“Operasi ditangguhkan pada pukul 6.18 petang dan disambung pada hari seterusnya,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Sehubungan itu, Mudi turut menjelaskan hari kedua SAR pada Rabu dijalankan oleh 11 anggota bomba dibantu enam anggota unit khas Pasukan Penyelamat di Air (PPDA).

“Pencarian dimulakan pada pukul 8 pagi dari Jambatan Binai seterusnya menyusur Sungai Pegalan ke Jambatan Tenom lama, dalam jarak pencarian 3.9km.

“Mangsa belum juga ditemukan dan operasi ditangguhkan pada pukul 6 petang dan akan disambung pada Khamis.

“Walau bagaimanapun maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa,” katanya.

Related Posts

Soon Koh bidas Dr Sim umum calon DUN Bawang Assan

KUCHING – Tindakan Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Datuk Amar Dr Sim Kui Hian mengumumkan calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bawang Assan dibidas kerana disifatkan sebagai tidak…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sarawak perkukuh pelancongan bertanggungjawab pacu pembangunan mampan

MIRI – Sarawak terus memperkukuh komitmen untuk membangunkan sektor pelancongan yang bertanggungjawab bagi menyeimbangkan kemajuan ekonomi, pemeliharaan alam sekitar, dan kesejahteraan komuniti di negeri itu. Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Soon Koh bidas Dr Sim umum calon DUN Bawang Assan

Soon Koh bidas Dr Sim umum calon DUN Bawang Assan

Sarawak perkukuh pelancongan bertanggungjawab pacu pembangunan mampan

Sarawak perkukuh pelancongan bertanggungjawab pacu pembangunan mampan

Sindiket edar katrij vape berisi furanyl fentanyl tumpas

Sindiket edar katrij vape berisi furanyl fentanyl tumpas

JAS kenal pasti punca pembakaran haram dalam ladang di Padang Serai

JAS kenal pasti punca pembakaran haram dalam ladang di Padang Serai

MMM jadi mekanisme semakan sebelum tindakan terhadap wartawan – PM

MMM jadi mekanisme semakan sebelum tindakan terhadap wartawan – PM

Kerajaan semak dakwaan kerugian pengusaha stesen minyak – PM

Kerajaan semak dakwaan kerugian pengusaha stesen minyak – PM