Harith Iskander, Cecilia Yap dikompaun RM10,000

CYBERJAYA – Pelakon dan pelawak popular, Harith Iskander dan Cecilia Yap Song dikenakan kompaun sebanyak RM10,000 atas kesalahan memuat naik kandungan dan komen jelik melibatkan agama Islam di Facebook.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menerusi satu kenyataan pada Rabu berkata, pihaknya telah menerima izin daripada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk mengenakan tindakan kompaun ke atas kedua-dua individu terbabit atas kesalahan yang dilakukan pada 18 Januari 2025.

Menurutnya, kesalahan tersebut dikenakan kompaun di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, berdasarkan peruntukan sebelum pindaan akta yang berkuat kuasa pada 11 Februari 2025.

“Selepas menerima permohonan daripada MCMC, Meta telah menurunkan kandungan tersebut setelah ianya didapati melanggar garis panduan komuniti Facebook. 

“Selain itu, permohonan penutupan akaun Facebook milik kedua-dua individu terbabit juga telah dibuat. Permohonan tersebut kini dalam penelitian dan penilaian pihak Meta,” katanya.

Cecelia didakwa menimbulkan kontroversi berhubung hantaran berbaur penghinaan terhadap agama Islam berkaitan isu ‘ham’ manakala Harith Iskander didakwa memuat naik sekeping gambar menunjukkan segelas kopi dinamakan hamsap kopi berharga RM5.50.

Dalam hantaran itu, pelawak selebriti tersebut menyatakan dia berasa keliru dan imannya tergugat kerana ia mengandungi perkataan ‘ham’.

Dalam perkembangan lain, MCMC juga akan mengemukakan kertas siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya esok (Khamis) berhubung satu video mempersendakan agama Hindu yang dimuat naik ke akaun TikTok milik stesen radio ERA FM.

“Susulan kes tersebut, MCMC telah memanggil pengurusan tertinggi Astro semalam (Selasa). Satu kertas siasatan dibuka di bawah seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, berdasarkan peruntukan selepas pindaan akta. 

“Rakaman percakapan pihak terlibat dibuat bagi membantu siasatan.Notis Niat bagi Penggantungan Lesen turut diserahkan kepada pemegang lesen yang mengendalikan stesen radio ERA FM,” katanya. 

Tambahnya, pemegang lesen diberi tempoh 30 hari untuk mengemukakan maklum balas sebelum sebarang keputusan diambil.

Terdahulu, video kontroversi yang telah diturunkan dari platform media sosial stesen radio berkenaan didakwa mempersenda tarian kavadi Hindu, upacara suci dilakukan ketika Thaipusam kepada Dewa Murugan.

Ia memaparkan penyampai radio meniru tarian kavadi, sambil menyebut ‘Vel Vel’ disusuli gelak tawa.

Related Posts

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

KOTA KINABALU – Sabah menjadi tuan rumah Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, pada 11 September 2026.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

KOTA KINABALU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kota Kinabalu petang ini untuk memulakan lawatan kerja selama dua hari ke Sabah. Ketibaan Perdana Menteri di Terminal 2,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

  • By Ithma
  • September 10, 2026
Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula