Kepengerusian ASEAN lebih berkisar Anwar tuduhan prejudis, Malaysia tidak sisih suara anggota

PUTRAJAYA – Dakwaan bahawa kepengerusian ASEAN lebih banyak tertumpu dan berkisar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berbanding blok serantau itu adalah bersifat prejudis dan tidak tepat.

Pemerhati hubungan antarabangsa dan politik, Universiti Utara Malaysia (UUM), Nur Ashikin Yusof berkata, Malaysia sebagai peneraju ASEAN pada 2025 bukan sekadar berkisar mengenai sosok pemimpin, namun ia berkisar tentang kesinambungan dasar, diplomasi berhemah, dan keutamaan serantau yang kukuh.

Menurutnya, fakta membuktikan bahawa kepimpinan Malaysia tetap berlandaskan prinsip konsensus ASEAN, bukannya terlalu berpusat kepada Anwar dan negara dilihat bukan sahaja relevan terhadap pertubuhan itu, namun strategik dalam menghadapi cabaran serantau dan global

“Sebagai sebuah negara yang memiliki pengalaman luas dalam diplomasi serantau, Malaysia berada pada kedudukan terbaik untuk memperkukuhkan integrasi ASEAN dan memastikan kepentingan rantau ini terus dipelihara.

“Peranan Perdana Menteri dalam ASEAN adalah sebagai penyelaras utama, namun dasar dan keputusan tetap dibuat secara kolektif oleh negara-negara anggota ASEAN. Malah, Malaysia telah menunjukkan komitmen tinggi terhadap prinsip ASEAN Centrality dengan memastikan keputusan penting dibuat berdasarkan kesepakatan bersama, bukannya kepentingan individu atau sesebuah negara sahaja,” katanya ketika dihubungi The Malaysia Press (TMP), pada Rabu.

Dalam pada itu, Nur Ashikin berkata, pelantikan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra sebagai penasihat ASEAN adalah sebahagian daripada strategi diplomasi yang lebih luas dalam memperkukuh kerjasama serantau dan tidak boleh dianggap sebagai campur tangan individu.

“Sebahagian kritikan menyatakan bahawa Malaysia tidak menyediakan pelan yang jelas untuk ASEAN 2025. Namun, realitinya, Malaysia telah menggariskan beberapa keutamaan penting yang bukan sahaja berdaya maju tetapi juga bersifat inklusif bagi memastikan kestabilan dan kemajuan ASEAN.

“Antara keutamaan ini termasuk memperkukuh perdagangan intra-ASEAN, menangani cabaran tarif antarabangsa, dan mengukuhkan kerjasama dalam ekonomi digital selain Malaysia juga memberi perhatian khusus kepada usaha menangani krisis Myanmar secara diplomasi dengan pendekatan berperingkat, mengambil kira realiti politik di negara tersebut.

“Dalam aspek kelestarian alam sekitar, Malaysia telah memperkenalkan inisiatif ASEAN Centre for Climate Change, yang membuktikan komitmen negara dalam menangani cabaran perubahan iklim dan memastikan ASEAN berada di barisan hadapan dalam isu kelestarian global,” katanya.

Mengulas lanjut, tuduhan mesyuarat pertama Menteri Luar ASEAN di Langkawi, Kedah pada Januari lalu tidak fokus terhadap isu utama adalah kenyataan mengelirukan susulan pertemuan itu adalah langkah awal membina asas perbincangan lebih mendalam dalam mesyuarat seterusnya, sekaligus memperkukuh keberkesanan blok serantau ini dalam menangani isu-isu penting.

Jelasnya, kritikan terhadap negara meneruskan Konsensus Lima Perkara dalam menangani krisis Myanmar perlu dilihat dalam konteks ASEAN sebagai sebuah organisasi yang mengutamakan diplomasi dan kestabilan serantau, di mana Malaysia telah mengambil pendekatan realistik dengan melibatkan semua pihak tanpa menjejaskan prinsip kedaulatan negara anggota.

“Pendekatan itu lebih efektif berbanding pendekatan konfrontasi yang boleh meretakkan hubungan ASEAN dengan Myanmar dan menghalang penyelesaian berdaya maju. Selain itu, Malaysia telah berusaha memastikan ASEAN tidak hanya bergantung kepada pelaksanaan Konsensus Lima Perkara, tetapi turut memperluaskan dialog dengan pelbagai pihak termasuk masyarakat sivil dan kumpulan etnik di Myanmar bagi mencari penyelesaian lebih menyeluruh.

“Malaysia telah membawa pendekatan inovatif dalam kepimpinannya dengan menekankan aspek keterangkuman dan kelestarian dalam pelbagai dasar ASEAN. Malaysia mengutamakan pembangunan mampan.

“Ini termasuk perkukuh kerjasama dalam tenaga boleh diperbaharui, pemuliharaan biodiversiti, dan transformasi digital blok serantau itu, sejajar dengan tema ASEAN 2025 yang menekankan kepentingan daya tahan ekonomi, kestabilan politik, dan kesejahteraan rakyat serantau,” katanya.

Sehubungan itu, Nur Ashikin berkata, fakta membuktikan Malaysia menggunakan pelbagai pendekatan strategik serta bersifat pragmatik, dengan mengambil kira keperluan serantau serta memastikan ASEAN terus relevan dalam menghadapi cabaran semasa dan akan datang.

“Justeru, tidak wajar menilai kepimpinan Malaysia secara negatif sebelum langkah yang dirancang dapat direalisasikan sepenuhnya sepanjang tempoh kepengerusian. Dengan strategi jelas dan komitmen tinggi, Malaysia berada di landasan tepat bagi memastikan ASEAN terus berkembang sebagai blok serantau yang berdaya tahan, progresif, dan berpengaruh di peringkat global.

Terdahulu, seorang penyelidik bebas, Institut Penyelidikan Asia Universiti Nottingham Malaysia, Bridget Welsh mendakwa tumpuan berlebihan terhadap Anwar dan ketiadaan senarai fokus utama pertubuhan serantau itu menimbulkan masalah.

Related Posts

Malaysia tegas lindungi kepentingan rakyat dalam dunia tidak menentu

DALAM keadaan dunia yang semakin tidak stabil, langkah Malaysia melalui Petronas untuk berunding mendapatkan bekalan minyak dari Rusia membuktikan satu perkara penting: kepentingan rakyat sentiasa diutamakan melebihi tekanan geopolitik luar.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Perasmian MRSM Dungun perkukuh agenda STEM, lahir generasi Ulul Albab

DUNGUN – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi merasmikan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Dungun di Kampung Bukit Pauh, sekali gus memperkukuh komitmen kerajaan dalam memperluas akses pendidikan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan

Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan

Malaysia tegas lindungi kepentingan rakyat dalam dunia tidak menentu

Malaysia tegas lindungi kepentingan rakyat dalam dunia tidak menentu

Perasmian MRSM Dungun perkukuh agenda STEM, lahir generasi Ulul Albab

Perasmian MRSM Dungun perkukuh agenda STEM, lahir generasi Ulul Albab

Ops Tiris 4.0: Pasukan petugas khas Sabah dan Labuan ditubuh bagi perkukuh penguatkuasaan

  • By Ynom
  • April 20, 2026
Ops Tiris 4.0: Pasukan petugas khas Sabah dan Labuan ditubuh bagi perkukuh penguatkuasaan

JPJ Melaka sita 5 kenderaan mewah nilai RM2.2 juta

JPJ Melaka sita 5 kenderaan mewah nilai RM2.2 juta