Tidak benar kanak-kanak dilarikan, itu video lama

PUTRAJAYA – Polis menafikan berlaku kes seorang kanak-kanak cuba dilarikan di sebuah stesen minyak di Masai, Johor, seperti yang tular dalam media sosial sehingga mendapat pelbagai reaksi netizen.

Video berkenaan yang asalnya dimuat naik dalam Facebook atas akaun nama Quyn Bohay, sebelum dikongsi di laman Facebook Komuniti Bandar Seri Alam pada tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superitenden Mohd Sohaimi Ishak berkata, kes berkenaan merupakan kejadian lama yang sudah pun dinafikan polis sebelum ini.

“Hasil siasatan awal mendapati kejadian berlaku pukul 2.30 petang, pada 19 November 2023 di sebuah stesen minyak di Masai. Namun begitu pada pukul 4 petang hari yang sama kanak-kanak tersebut selamat pulang ke rumah.

“Dia memaklumkan telah keluar bersama-sama rakan sekolah yang dikenalinya. Polis mendapati kejadian melarikan kanak-kanak ini tidak berlaku,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd Sohaimi berkata, pemilik akaun Facebook terbabit sudah mengambil tindakan memadam hantaran tersebut pada hari yang sama.

“Justeru, beliau menasihatkan orang ramai agar tidak membuat spekulasi yang boleh menimbulkan salah faham dalam kalangan masyarakat atau menularkan kejadian yang telah berlaku itu,” katanya.

Related Posts

Bantuan MADANI bukan sekadar subsidi, ia pemangkin inovasi dan kelestarian pertanian – Dr Norhelmi

KUCHING – Pengumuman Kerajaan MADANI berhubung penyaluran bantuan tambahan yang dijadualkan bermula 21 April 2026 nyata memberi nafas baharu kepada ratusan ribu penggiat sektor pertanian negara. Lebih daripada sekadar angka,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Islam menuntut keadilan bukan retorik politik

MUTAKHIR ini, muncul naratif yang cuba menggambarkan seolah-olah masalah ekonomi negara berpunca semata-mata daripada kegagalan moral pemimpin, malah dilabel dengan istilah keras seperti ‘bebal’ dan ‘zalim’. Naratif sebegini bukan sahaja…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Arsenal ke separuh akhir UCL selepas singkir Sporting

Arsenal ke separuh akhir UCL selepas singkir Sporting

Klinik Kesihatan Nanga Atoi RM5.6 juta siap, perkasa kesihatan penduduk luar bandar

Klinik Kesihatan Nanga Atoi RM5.6 juta siap, perkasa kesihatan penduduk luar bandar

Bayern singkir Real Madrid dari saingan UCL

Bayern singkir Real Madrid dari saingan UCL

Lencongan sementara di Jalan RPR Batu Biah bermula 2 Mei

Lencongan sementara di Jalan RPR Batu Biah bermula 2 Mei

JTS Mukah agih RM50,000 bantuan CSR

JTS Mukah agih RM50,000 bantuan CSR

80 warga asing didakwa tipu, menyamar polis China

80 warga asing didakwa tipu, menyamar polis China