Taklimat harian PMO tangkis fitnah, perjelas dasar penting

PUTRAJAYA – Pejabat Perdana Menteri (PMO) mula menyiarkan taklimat harian yang disiarkan secara langsung setiap hari yang akan menjadi medan penyebaran maklumat yang tepat dan sahih.

Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah berkata, melalui inisiatif tersebut, PMO akan menjelaskan isu-isu semasa, dasar-dasar penting, serta perkembangan terkini yang perlu diketahui oleh rakyat. 

Menurutnya, ia juga merupakan langkah penting untuk menangkis penyebaran fitnah serta maklumat palsu yang mengelirukan masyarakat.

“Inisiatif ini juga selaras dengan gagasan Madani yang menjunjung tinggi ketelusan antara pentadbiran dan rakyat, di samping membudayakan amalan menyemak kebenaran sesuatu maklumat melalui sumber yang sahih dan tepat. 

“Selain daripada inisiatif komunikasi, sepanjang bulan Ramadan yang bakal menjelang, Perdana Menteri akan melaksanakan program Ihya Ramadan di kementerian-kementerian yang mana program ini bertujuan menjadikan Ramadan sebagai madrasah rohani, bukan sahaja dalam aspek ibadah, tetapi juga pembentukan nilai dan akhlak dalam pentadbiran negara. 

“Sepanjang bulan Ramadan, Perdana Menteri akan mengunjungi pelbagai kementerian untuk menyantuni penjawat awam, diikuti dengan sesi tazkirah ringkas yang akan disampaikan oleh beliau sendiri serta penceramah jemputan,” katanya pada Sabtu.

Jelasnya, menerusi program itu, nilai-nilai seperti kejujuran, disiplin dan tanggungjawab dapat diperkukuh dalam kalangan penjawat awam selaras dengan teras kesejahteraan dalam gagasan Madani.

“Perdana Menteri juga telah bersetuju untuk turun ke beberapa negeri sepanjang bulan Ramadan bagi memperkukuh kerjasama antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri selain bertemu masyarakat setempat dalam Majlis Berbuka Puasa Madani. 

“Butiran lanjut mengenai tarikh dan lokasi spesifik bagi setiap majlis akan diumumkan dalam masa terdekat menerusi saluran rasmi kerajaan,” ujarnya.

Katanya, PMO turut menggalakkan semua rakyat untuk mengambil bahagian dalam majlis-majlis ini sebagai tanda kebersamaan dan perpaduan. 

“Sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, PMO percaya bahawa komunikasi yang jelas, keterbukaan dalam pentadbiran dan pengukuhan nilai-nilai spiritual adalah elemen penting untuk mewujudkan kepercayaan antara rakyat dan kerajaan. 

“PMO mengajak semua pihak untuk bersama-sama menyokong dan menyertai inisiatif-inisiatif ini demi kebaikan dan kemajuan negara kita. Marilah kita jadikan Ramadan ini sebagai bulan islah yakni pembaharuan dalam komunikasi, pentadbiran dan kehidupan,” katanya.

Untuk siaran berikutnya, taklimat akan diadakan jam 11 pagi dan 5 petang mengikut keperluan dengan sebarang perubahan akan dimaklumkan.

Related Posts

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

KUALA LUMPUR – Pengiktirafan Hospital Bukit Mertajam (HBM), Pulau Pinang sebagai antara hospital hijau terbaik dunia merupakan pencapaian yang membanggakan negara, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Menerusi hantaran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

PUTRAJAYA – Kes penipuan dalam talian terus mencatatkan angka membimbangkan apabila kerugian dilaporkan mencecah RM958 juta dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini, kata Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

Kestabilan politik perlu dipelihara demi keyakinan pelabur – Anwar

Kestabilan politik perlu dipelihara demi keyakinan pelabur – Anwar

Pertahanan negara perlukan tambahan peruntukan hingga berbilion ringgit – Anwar

Pertahanan negara perlukan tambahan peruntukan hingga berbilion ringgit – Anwar