Tinggalkan sikap suka fitnah, tabur kebencian dan sebar berita tidak benar – Sultan Pahang

KUANTAN – Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah supaya semua pihak meninggalkan sikap suka memfitnah, menabur kebencian dan menyebarkan berita tidak benar.

Baginda bertitah, sikap negatif sedemikian akan melemahkan perpaduan serta menghakis nilai moral dalam masyarakat dan akan memecahbelahkan perpaduan masyarakat.

“Semua pihak, kerajaan, pembangkang dan rakyat mesti meninggalkan sikap suka memfitnah, menabur kebencian dan menyebarkan berita tidak benar yang akan melemahkan perpaduan serta menghakis nilai moral (dalam) masyarakat,” titah baginda.

Baginda bertitah, rakyat tidak patut membiarkan perbezaan fahaman dan kepentingan kecil hingga memecahbelahkan mereka.

“Jangan biarkan perbezaan menjadi punca perpecahan, sebaliknya hormatilah antara satu sama lain dan carilah titik persamaan demi kesejahteraan bersama.

“Pada masa yang sama, saya ingin mengingatkan semua pihak agar perlu sentiasa bersangka baik.

“Janganlah kita terlalu cepat menilai seseorang atau sesuatu perkara dengan sikap negatif,” titah baginda pada Program Himpunan Pahang Bermunajat Raja Berdaulat di Masjid Negeri dekat sini, malam tadi.

Turut berangkat Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah dan diiringi Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Al-Sultan Abdullah turut mengingatkan kerajaan supaya menyantuni dan prihatin terhadap rakyat di samping pembangkang memainkan peranan membina serta memberi cadangan yang baik.

Related Posts

Malam Serumpun Miri Kita, satukan masyarakat pelbagai kaum

MIRI – Semangat perpaduan dan kebersamaan terus disemarakkan menerusi penganjuran Rumah Terbuka Malam Serumpun Miri Kita di FORUM Cultural Centre, Jalan Padang Kerbau pada Ahad. Program tersebut dianjurkan khusus bagi meraikan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Istiadat Pemasyhuran Tunku Datuk Seri Nadzaruddin di Melaka tak sah, tidak boleh diiktiraf

SEREMBAN –  Istiadat Pemasyhuran Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12 yang berlangsung di sebuah hotel di Alor Gajah, Melaka pada Jumaat lalu tidak sah serta tidak diiktiraf dari sudut Perlembagaan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Malam Serumpun Miri Kita, satukan masyarakat pelbagai kaum

Malam Serumpun Miri Kita, satukan masyarakat pelbagai kaum

UMNO tutup buku MN, agenda itu telah berakhir

UMNO tutup buku MN, agenda itu telah berakhir

Istiadat Pemasyhuran Tunku Datuk Seri Nadzaruddin di Melaka tak sah, tidak boleh diiktiraf

Istiadat Pemasyhuran Tunku Datuk Seri Nadzaruddin di Melaka tak sah, tidak boleh diiktiraf

Ketika ada pemimpin enggan duduk semeja, Hannah buktikan kerjasama kekuatan Kerajaan MADANI

Ketika ada pemimpin enggan duduk semeja, Hannah buktikan kerjasama kekuatan Kerajaan MADANI

Petisyen ‘usir’ pemegang IMM13 ke negara asal perlu dikaji – Mustapha

Petisyen ‘usir’ pemegang IMM13 ke negara asal perlu dikaji – Mustapha

Flat tular didakwa penempatan Rohingya pernah diserbu tahun lalu, 45 warga asing ditahan

Flat tular didakwa penempatan Rohingya pernah diserbu tahun lalu, 45 warga asing ditahan