Rakyat Sabah sedia berpindah demi gaji setara

KOTA KINABALU – Rakyat Sabah bersedia untuk berpindah jika ditawarkan gaji lebih baik.

Demikian hasil dapatan Kajian Aspirasi Pencari Kerja di Sabah oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) yang melibatkan seramai 1,197 ribu responden.

Kajian itu meneliti aspirasi, harapan serta cabaran para pencari kerja di Sabah bagi tempoh Januari hingga Disember 2024.

Menurut Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin, gaji dan upah merupakan topik yang kerap disentuh oleh responden, menekankan keperluan memperoleh gaji setara pendidikan dan kemahiran untuk kehidupan yang lebih baik.

“Kebanyakan responden tanpa mengira umur bersedia berpindah ke negeri lain di Malaysia jika ditawarkan gaji antara RM2,000 hingga RM4,999 sebulan.

“Manakala majoriti mempertimbangkan berhijrah ke luar negara apabila mendapat tawaran gaji melebihi RM5,000 sebulan.

“Kajian ini turut mendapati 66.2 peratus rakyat Sabah yang bekerja di Semenanjung Malaysia cenderung meneruskan kerjaya di lokasi semasa,” katanya sempena Majlis Pelancaran Buku Kajian Aspirasi Pencari Kerja di Sabah, di Hotel Raia di sini, pada Selasa.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Ketua Perangkawan, Nazaria Baharudin.

Sehubungan itu, beliau turut menyatakan sebanyak 87.6 peratus responden dengan kelayakan SPM atau setaraf memilih untuk menetap di Sabah, manakala hanya 54.4 peratus responden dengan Ijazah Sarjana Muda memilih kekal di negeri ini.

“Majoriti responden yang terlibat adalah dari Pantai Barat Sabah iaitu 64.8 peratus yang memilih untuk menetap di kawasan sama.

“Manakala hampir separuh daripada responden dari Sandakan iaitu 48.5 peratus dan Tawau 45.6 peratus kekal di bahagian masing-masing,” katanya.

Menurut Uzir, kajian ini bertujuan menganalisis pasaran buruh, menyediakan gambaran struktur gaji, sektor pekerjaan utama dan keperluan kemahiran dalam industri tempatan.

“Ini turut menumpukan cabaran mencari pekerjaan pilihan seperti ketidakseimbangan antara gaji dan kos sara hidup serta ketidakpadanan kemahiran pencari kerja dengan keperluan pasaran pekerjaan tempatan.

“Data kualitatif dan pentadbiran turut digunakan bagi memperkukuh Perbincangan Kumpulan Berfokus (FGD) melibatkan pelajar universiti, persatuan belia di Sabah, pekerja, kesatuan sekerja, majikan dan pegawai kerajaan.

“Data pentadbiran oleh DOSM dan PERKESO turut digunakan dalam kajian ini,” katanya.

Tambahnya, secara keseluruhan walaupun terdapat peluang pekerjaan di Sabah, masih terdapat isu ketidakpadanan antara pekerjaan yang tersedia dengan kelayakan akademik atau kemahiran pencari kerja.

“Aspirasi yang disuarakan responden dalam kajian ini termasuk penciptaan lebih banyak peluang pekerjaan dengan gaji setimpal tahap pendidikan serta kemahiran.

“Tiga intervensi dicadangkan berdasarkan analisi dalam kajian tersebut adalah Strategi Pasaran Kerja, Pengukuhan Sektor Ekonomi dan Penambahan Infrastruktur,” ujarnya.

Seramai lapan penerima Buku Kajian Aspirasi Pencari Kerja di Sabah iaitu Setiausaha Tetap Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (KSTI) Sabah, Datuk Mohd Hanafiah Mohd Kassim; Pengarah PERKESO Sabah, Dr. Mohd Ali Hindia dan Ketua Penolong Pengarah Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Sabah, Dr. Augustine Wing Ming Kong.

Penerima lain termasuk Timbalan Pengarah Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM), Kamsiah Ibrahim; Pengarah Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (JHEKS) Sabah, Noraini Ithnin; Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB), Neldin Gimbang; Penolong Setiausaha Kanan Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Salmiah Salleh dan Pegawai Latihan Vokasional, Kasuadi Bujang.

Related Posts

RM4.3 juta diluluskan untuk tiga hospital di Sabah

KOTA KINABALU – Kerajaan meluluskan peruntukan hampir RM4.3 juta bagi menangani keperluan mendesak di tiga hospital daerah di Sabah bagi memastikan kemudahan kesihatan sentiasa berada dalam tahap yang baik. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pemansuhan AUKU: UNIMAS sambut baik usaha KPT perkasa perundangan pendidikan tinggi

KOTA SAMARAHAN – Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) menyambut baik usaha Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) membangunkan kerangka perundangan pendidikan tinggi yang baharu menerusi Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia (RPTM) 2026–2035. UNIMAS dalam…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pas, PN perlu buktikan kemampuan tadbir negara, bukan sekadar retorik – Ibrahim Ali

Pas, PN perlu buktikan kemampuan tadbir negara, bukan sekadar retorik – Ibrahim Ali

RM4.3 juta diluluskan untuk tiga hospital di Sabah

RM4.3 juta diluluskan untuk tiga hospital di Sabah

Pemansuhan AUKU: UNIMAS sambut baik usaha KPT perkasa perundangan pendidikan tinggi

Pemansuhan AUKU: UNIMAS sambut baik usaha KPT perkasa perundangan pendidikan tinggi

Pusat Jantung Sabah dijangka beroperasi suku ketiga 2029

  • By Fatin
  • August 17, 2026
Pusat Jantung Sabah dijangka beroperasi suku ketiga 2029

Polis Pahang nafi lindungi kartel dadah Genting Highlands

Polis Pahang nafi lindungi kartel dadah Genting Highlands

Pemansuhan AUKU: Mahasiswa tidak lagi dihukum kerana bersuara

Pemansuhan AUKU: Mahasiswa tidak lagi dihukum kerana bersuara