Dua warga Kemboja ditahan lombong emas secara haram

KUANTAN – Dua lelaki warga Kemboja ditahan di Sungai Jubau, dekat Muadzam Shah, Rompin kerana melakukan aktiviti perlombongan emas secara haram.

Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA) berkata, kedua-dua lelaki itu ditahan dengan kerjasama Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP) dalam Op Bersepadu Khazanah jam 12 tengah hari semalam.

“Hasil pemeriksaan mendapati kegiatan melombong emas dilakukan oleh dua lelaki itu dan mereka gagal menunjukkan lesen pelombongan yang sah.

“Polis dan UPNP menahan dan merampas peralatan melombong, kenderaan termasuk karpet getah yang mengandungi habuk dan partikel emas bernilai RM96,000,” katanya menerusi satu kenyataan.

Kes disiasat dibawah Akta Enakmen Mineral Pahang 2001, Kanun Tanah Negara Akta 828 dan Sek 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Suspek diserahkan kepada Ibu pejabat Polis Daerah Rompin manakala barang rampasan diserahkan kepada UPNP untuk tindakan selanjutnya.

Related Posts

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

KOTA KINABALU – Kerajaan Persekutuan meluluskan RM1.57 bilion bagi memperkukuh pembangunan sektor kesihatan Sabah menerusi Rolling Plan 1 (RP1) Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi 2026. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

KUANTAN – Polis Pahang mengesahkan satu kejadian rompakan berlaku di sebuah kedai emas dalam pusat beli-belah di Genting Highlands dekat Bentong hari ini. Pemangku Ketua Polis Pahang Datuk Azry Akmar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok