SYUKUR Sabah 2025: Inisiatif kerajaan prihatin, pelihara kebajikan rakyat

KOTA KINABALU – Inisiatif Program Sentuhan Kasih Rakyat Sabah 2025 (SYUKUR) dilihat signifikan dalam memastikan kesejahteraan rakyat negeri ini terus terpelihara. 

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, langkah ini juga jelas menunjukkan keprihatinan kerajaan negeri terhadap isu peningkatan kos sara hidup.

Beliau berkata, peruntukan sebanyak RM358.5 juta yang bakal disalurkan bagi manfaat 100,000 penerima membuktikan komitmen kerajaan Sabah dalam menangani kemiskinan secara langsung dan menyeluruh.

“Dengan pemberian bantuan tunai setiap bulan kepada penerima yang layak sehingga Disember 2025, program ini bukan sahaja memberikan kelegaan kewangan tetapi juga mencerminkan kesungguhan kerajaan dalam membangunkan masyarakat yang lebih inklusif dan sejahtera.

“Langkah ini akan membolehkan lebih ramai rakyat yang memerlukan mendapat manfaat, termasuk mereka yang berada dalam senarai eKasih dan yang sebelum ini tidak tersenarai dalam pangkalan data negeri Sabah (PADANS).

“Usaha ini menunjukkan ketelusan dan komitmen kerajaan dalam memastikan tiada golongan yang tercicir daripada menerima bantuan yang sewajarnya,” katanya dalam kenyataan media, pada Khamis. 

Jelas Nizam yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Apas, perancangan kerajaan negeri untuk memperluaskan pelaksanaan program ini melalui Fasa Kedua yang akan bermula pada Mei 2025 wajar disambut baik.

 “Saya berharap program SYUKUR ini bukan sahaja membantu rakyat yang memerlukan, tetapi juga menjadi bentuk bantuan berterusan yang mampu memberikan impak positif kepada masyarakat Sabah. 

“Usaha ini selari dengan aspirasi Sabah Maju Jaya yang menekankan pembangunan inklusif dan kesejahteraan rakyat,” katanya. 

Justeru, beliau menyeru agar semua pihak memberi sokongan penuh terhadap usaha Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor yang telah membuktikan komitmennya untuk terus bekerja demi  rakyat. 

Untuk rekod, program SYUKUR menyediakan bantuan tunai kepada Ketua Isi Rumah (KIR) yang layak dan dibayar secara berfasa dengan setiap fasa dibayar secara ‘lump-sum’ bagi tempoh tiga bulan iaitu sebanyak RM900 yang akan dikreditkan ke akaun atau secara tunai kepada yang tidak mempunyai akaun. 

Bagi pembayaran fasa pertama (Januari sehingga Mac 2025) diagihkan bermula Februari, manakala fasa kedua (April sehingga Jun 2025), diagihkan bermula April, fasa ketiga (Julai sehingga September 2025) diagihkan bermula September 2025 dan fasa keempat (Oktober sehingga Disember 2025) diagihkan pada Oktober 2025.

Related Posts

Kerusi Parlimen Sabah, Sarawak perlu diperkukuh sebagai benteng Perlembagaan

KOTA KINABALU – Penambahan jumlah dan peratusan kerusi Parlimen bagi Sabah dan Sarawak penting sebagai benteng Perlembagaan bagi melindungi watak asal Persekutuan Malaysia. Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan merangkap…

Lebih lanjut

teruskan membaca
UMNO sambut baik hasrat PMX mansuhkan AUKU

KUALA LUMPUR – UMNO menyokong penuh keputusan kerajaan untuk memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971, seperti yang dihasratkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi memberi kebebasan bersuara…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerusi Parlimen Sabah, Sarawak perlu diperkukuh sebagai benteng Perlembagaan

  • By Ezmie
  • September 11, 2026
Kerusi Parlimen Sabah, Sarawak perlu diperkukuh sebagai benteng Perlembagaan

UMNO sambut baik hasrat PMX mansuhkan AUKU

UMNO sambut baik hasrat PMX mansuhkan AUKU

Friends of BHESS bakal diperkenal, perluas sokongan terhadap MA63

  • By Ezmie
  • September 11, 2026
Friends of BHESS bakal diperkenal, perluas sokongan terhadap MA63

Kos tunai haji kekal untuk tahun keempat berturut-turut – TH

Kos tunai haji kekal untuk tahun keempat berturut-turut – TH

Selangor umum 26 Oktober cuti ganti sempena Jubli Perak 25 tahun Sultan Sharafuddin

Selangor umum 26 Oktober cuti ganti sempena Jubli Perak 25 tahun Sultan Sharafuddin

PATI, pemilik lesen Ali Baba bakal digempur – Setpol MB Selangor

PATI, pemilik lesen Ali Baba bakal digempur – Setpol MB Selangor