‘Kerajaan Menanti’ akan pulihkan ekonomi, bangunkan Kedah

PAKATAN Harapan (PH) dengan kerjasama Barisan Nasional kini sedang mempersiapkan diri sebagai ‘Kerajaan Menanti’ di Kedah bagi menjelang pilihan raya tidak lama lagi.

Kerajaan menanti sudah pasti memberi cabaran buat kepimpinan negeri hari ini di bawah Pas yang kini dikatakan semakin hilang gelombang dalam membawa arus pembangunan negeri Jelapang Padi itu.

Pelantikan Setiausaha Agung PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution sebagai Pengerusi PH Kedah baru-baru ini sudah pasti akan meyakinkan lagi pengundi di Kedah dalam melonjakkan kembali Kedah ke zaman kegemilangannya.

PH dan BN kini mampu menawarkan khidmat terbaik kepada rakyat negeri itu walaupun pada masa ini hanya sekadar sebagai pembangkang sahaja tetapi gabungan ini cukup akan menggerunkan kepimpinan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

Rakyat yakin gabungan PH dan BN sudah pasti akan membawa sinar pembangunan yang sudah kian lama gelap selepas Kedah jatuh di bawah kepimpinan Pas.

Hari ini rakyat sudah mula bertanya selama ini mana dia pembangunan yang dijanjikan oleh kepimpinan Pas.

Rakyat sudah muak dengan janji-janji kosong yang sering diumum oleh Sanusi.

Kini rakyat Kedah sudah meletakkan harapan kepada gabungan Kerajaan Perpaduan itu yang mempunyai pengalaman luas sama ada di peringkat negeri mahu pun persekutuan.

Rakyat Kedah sudah bosan dengan janji bulan dan bintang yang utarakan oleh Sanusi malah kini menjadi bahan lawak kepada mereka mendengarnya.

Begitu juga dengan anak muda yang mewakili saluran empat dan lima pada pilihan raya kini semakin sedar dengan segala auta yang dijanjikan oleh Sanusi pada pilihan raya lalu.

Memang tidak dinafikan Sanusi memang mudah didekati dengan gelagatnya terhadap anak muda pada masa lalu tetapi kini mereka mulai sedar bahawa MB yang dahulunya sempoi kini dah jadi lekeh.

Kebangkitan anak muda yang dahulunya mencipta gelombang hijau hingga membawa kemenangan pada Pas di Kedah kini dikatakan semakin lemah kerana janji-janji Sanusi langsung tidak membawa sebarang pembangunan mega di Kedah hari ini.

Anak muda kini mula bertanya dimanakah janjinya untuk mewujudkan pekerjaan kepada mereka tetapi sehingga sekarang hanya tinggal mimpi sahaja.

Kegagalan bola sepak Kedah sudah cukup memberi hikmah kepada anak muda Kedah bagi menilai keupayaan kerajaan dalam urus tadbir Kedah hari ini.

Kini sudah sampai masanya kerajaan menanti yang kini sudah menyusun segala struktur untuk pilihan raya pasti akan merampas Kedah dari Pas nanti.

Tidak dapat dinafikan lagi bahawa kemenangan Pas pada pilihan raya lalu hingga berjaya menawan Kedah adalah disebabkan sumbangan dari anak muda dan ahli UMNO yang tidak senang dengan perjanjian persefahaman dengan DAP.

Bagaimanapun sekarang ramai di kalangan rakyat Kedah sudah mulai buka mata dengan kelemahan kerajaan Pas Kedah hari ini hingga tiada sebarang kemajuan pembangunan yang dapat dikecapi.

Bagi ahli UMNO yang dahulunya kurang senang hubungan kerjasama dengan DAP kini sudah nampak dapat menerima DAP dalam Kerajaan Perpaduan dan ini terbukti beberapa pilihan raya kecil banyak memihak kepada Kerajaan Madani.

Pada pilihan raya lalu, PN memenangi 33 dari 36 kerusi di DUN Kedah dan keputusan ini sudah pasti akan berubah pada pilihan raya akan datang dengan berlakunya gabungan kuat dari PH dan BN nanti.

Bagaimanapun penulis tersentak dengan kenyataan Ketua Dewan Ulama Pas Kedah, Datuk Ahmad Yahya menyatakan tiada alasan pengundi di Kedah menukar kerajaan negeri yang terbukti berkesan dalam membawa kemajuan.

Penulis berharap Tok Mat Yaya berpijaklah di bumi yang nyata dan apakah projek mega yang berjaya dibina oleh kerajaan Pas hari ini di Kedah?

Projek Loji Rawatan Air (LRA) pun gagal untuk menyelesaikannya apatah lagi dengan pelbagai projek yang dijanji dahulu oleh kerajaan Pas akhirnya entah ke mana.

Kesimpulannya kerajaan menanti yang wujud hari ini sudah pasti akan memberi tekanan kepada kepimpinan Pas dan tidak mustahil pada pilihan raya nanti Kedah pasti akan ditawan semula oleh Kerajaan Perpaduan.

Related Posts

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

KOTA KINABALU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah menahan seorang penjawat awam kerana disyaki mengemukakan dokumen mengandungi butir matan palsu melibatkan tuntutan kerja-kerja pembersihan berjumlah kira-kira RM1.3 juta. Menurut…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan

PADANG BESAR – Cubaan kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) melalui laluan haram di sempadan negara berjaya dipatahkan dalam Ops Pintas Kayang yang dilaksanakan di sekitar Padang Besar semalam. Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan

Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan

Malaysia tegas lindungi kepentingan rakyat dalam dunia tidak menentu

Malaysia tegas lindungi kepentingan rakyat dalam dunia tidak menentu

Perasmian MRSM Dungun perkukuh agenda STEM, lahir generasi Ulul Albab

Perasmian MRSM Dungun perkukuh agenda STEM, lahir generasi Ulul Albab

Ops Tiris 4.0: Pasukan petugas khas Sabah dan Labuan ditubuh bagi perkukuh penguatkuasaan

  • By Ynom
  • April 20, 2026
Ops Tiris 4.0: Pasukan petugas khas Sabah dan Labuan ditubuh bagi perkukuh penguatkuasaan

JPJ Melaka sita 5 kenderaan mewah nilai RM2.2 juta

JPJ Melaka sita 5 kenderaan mewah nilai RM2.2 juta