Pandang rendah pengajian tinggi, pempengaruh dikecam netizen

DALAM satu siri podcast, seorang pempengaruh terkenal telah mengundang kecaman netizen kerana membandingkan ‘degree’ dengan ilmu bocah.

Kenyataan dan hujah pempengaruh tersebut dianggap mampu merosakkan pemikiran generasi muda yang seangkatan dengannya atau yang masih lagi di bangku sekolah rendah.

Hal ini kerana video tersebut telah tular dengan cepat dan ditonton ramai golongan dari pelbagai lapisan umur.

Pempengaruh yang memiliki ramai pengikut itu seringkali menimbulkan kontroversi dalam memberikan pandangannya dan kali ini dia dianggap telah melampaui batas.

Pempengaruh tersebut menegaskan dia tidak akan melanjutkan pelajaran sehingga ke ijazah kerana ianya tiada dalam matlamat hidupnya.

Sambil mengingatkan universiti tempat dia belajar, UniSZA sebagai berhutang budi dengannya bukannya dia yang berhutang budi dengan universiti tersebut.

Dia berkata: “Aku tak nak sambung degree sebenarnya, dan nak berhenti. Sebab ianya tiada kaitan dengan aku punya ‘goal’ dalam hidup.

“Aku tak nak kerja dengan orang.”

Ketika ditanya bukankah degree adalah untuk menuntut ilmu, pempengaruh itu menjawab: “Ilmu bocah apa, degree tu kan kita beli. Ianya mahal, duit. Kalau nak ilmu, kat tempat lain boleh dapat ilmu.

“Orang yang mengerjakan degree ini bukannya sebab nak ilmu tetapi sebab nakkan pekerjaan. Dan kita kena bayar sendiri. So UniSZA terhutang budi dengan aku, bukan aku terhutang budi dengan UniSZA.

“Saya berikan kamu duit, kamu berikan saya degree itu. Itu dipanggil jual beli. Ibarat aku beli donat daripada kau, adakah kau baik kerana beri aku donat? Tak! Sebab itu jual beli, kecuali kau beri aku donat itu percuma.

Pempengaruh tersebut menganggap mereka yang mengambil degree adalah yang memilih untuk menjadi nerd dan mahu bekerja dalam profesion seperti doktor.

Ramai yang tampil mengecam pempengaruh tersebut selain menganggap dia boleh meracuni fikiran remaja yang lain.

Related Posts

Selesai BRICS, PMX mulakan siri kedua lawatan kerja ke Keralam

NEW DELHI – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan fasa kedua lawatan kerjanya ke India dengan tiba di negeri bersejarah Keralam (nama baharu bagi Kerala) malam ini, sejurus memuktamadkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Program MADANI Kita himpun perkhidmatan, inisiatif kerajaan

KUANTAN – Program MADANI Kita 2026 di Tanjung Api menghimpunkan pelbagai perkhidmatan dan inisiatif kerajaan bagi membolehkan masyarakat mendapatkan bantuan, maklumat serta barangan keperluan pada harga lebih berpatutan secara terus…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Selesai BRICS, PMX mulakan siri kedua lawatan kerja ke Keralam

Selesai BRICS, PMX mulakan siri kedua lawatan kerja ke Keralam

Program MADANI Kita himpun perkhidmatan, inisiatif kerajaan

Program MADANI Kita himpun perkhidmatan, inisiatif kerajaan

Malaysia sertai BRICS buka perdagangan luas, kekal pendekatan jalan tengah – KP JKOM

Malaysia sertai BRICS buka perdagangan luas, kekal pendekatan jalan tengah – KP JKOM

Industri kayu rekod RM9.4 bilion nilai eksport hingga Jun 2026

Industri kayu rekod RM9.4 bilion nilai eksport hingga Jun 2026

Penantian berbaloi, pasangan suami isteri bawa pulang motosikal cabutan bertuah PMK

Penantian berbaloi, pasangan suami isteri bawa pulang motosikal cabutan bertuah PMK

UMNO kekal Kerajaan Perpaduan hingga akhir penggal bukan perkara baharu

UMNO kekal Kerajaan Perpaduan hingga akhir penggal bukan perkara baharu