Konsep Malaysia Madani visi nasional, bukan retorik politik PMX

PUTRAJAYA – Konsep Malaysia Madani yang diuar-uarkan kerajaan ketika ini tidak boleh dilihat sebagai visi retorik politik daripada kerajaan, sebaliknya visi nasional dalam membina negara bangsa.

Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM), Datuk Ismail Yusop berkata, peranan legislatif sangat penting dalam memastikan kerangka Madani difahami secara menyeluruh sebagai agenda nasional dalam mengangkat darjat masyarakat Malaysia untuk lebih maju dalam pelbagai aspek, termasuk pemikiran bagi menyumbang kepada pembangunan negara.

Jelasnya, tiga cabang kuasa negara, iaitu peranan Eksekutif, Legislatif dan badan kehakiman yang merupakan “pillars of nation” perlu dihormati oleh semua pihak dalam menjadikan Malaysia sebuah negara lebih baik berdasarkan acuan sendiri, mengambil iktibar daripada budaya, sejarah dan kemampuan serta kebolehan sedia ada.

“Suka atau tidak, kita perlu kembali memahami pillars of nation. Peredaran kuasa, kedudukan Raja-Raja Melayu dan juga peranan Eksekutif, Legislatif dan kehakiman. Tiba masanya kita tentukan peranan semua tiang ini menyumbang ke arah pembinaan negara. Bila bercakap tentang Madani sebagai retorik politik atau agenda nasional, peranan legislatif sangat penting.

“Ini kerana kita mengamalkan demokrasi berparlimen dan Raja Perlembagaan. Justeru, peranan antara Parlimen dan juga peranan pillars of nation telah dinyatakan dengan jelas (dalam membangun negara bertamadun) namun malangnya peranan Parlimen hanya dilihat ketika perbahasan sahaja, sedangkan tanggungjawab mereka lebih besar dari itu susulan mereka merupakan legislator,” katanya pada Syarahan Malaysia Madani di Maktab Ketahanan Nasional (NRC), pada Isnin.

Beliau berkata demikian bagi mengulas pertanyaan mahasiswa dari NRC yang berpandangan konsep Madani perlu diperkasa secara holistik dalam memastikan dasar itu ke arah visi nasional, bukannya berkonsepkan retorik politik.

Mengulas lanjut, Ismail menegaskan, pelbagai anjakan dan reformasi diusahakan pentadbiran Kerajaan Madani di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam mengangkat martabat negara ke persada dunia, selain memastikan pentadbiran Malaysia ke arah lebih baik dalam membantu pelbagai pihak, khususnya masyarakat.

Related Posts

Kerajaan gesa Zionis bebaskan 25 rakyat Malaysia sertai GSF 2.0

SUBANG – Kementerian Luar menggesa rejim Zionis segera membebaskan 25 rakyat Malaysia yang ditahan ketika menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 ke Gaza di perairan antarabangsa berhampiran Cyprus.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan terus bantu PKS depani tekanan ekonomi global – PM

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan terus memastikan sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mendapat sokongan sewajarnya bagi menghadapi tekanan kos operasi serta ketidaktentuan rantaian bekalan global. Perdana Menteri, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan gesa Zionis bebaskan 25 rakyat Malaysia sertai GSF 2.0

Kerajaan gesa Zionis bebaskan 25 rakyat Malaysia sertai GSF 2.0

Kerajaan terus bantu PKS depani tekanan ekonomi global – PM

Kerajaan terus bantu PKS depani tekanan ekonomi global – PM

Tony Pua diminta mohon maaf, DAP digesa ambil tindakan disiplin

Tony Pua diminta mohon maaf, DAP digesa ambil tindakan disiplin

KPM sasar 800 bilik darjah ‘AI Powered Classroom’ menjelang 2027

KPM sasar 800 bilik darjah ‘AI Powered Classroom’ menjelang 2027

Sekolah Tinggi Segamat raih pengiktirafan seabad, lambang kecemerlangan pendidikan

Sekolah Tinggi Segamat raih pengiktirafan seabad, lambang kecemerlangan pendidikan

YDP MPK akui kelemahan diri, mohon maaf isu tular program rakyat

YDP MPK akui kelemahan diri, mohon maaf isu tular program rakyat