Jambatan Panataran Kg Malangkap, bawa limpahan ekonomi kepada rakyat

KOTA BELUD – Projek naik taraf Jambatan Sungai Panataran, Kampung Malangkap, di sini, daripada struktur kayu kepada konkrit akan membawa limpahan ekonomi kepada penduduk sekitar.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick berkata, ia adalah kemudahan yang amat dinantikan oleh penduduk Mukim Malangkap yang merangkumi lima kampung.

Katanya, sudah tentu pembinaan naik taraf daripada satu lorong kepada dua lorong itu akan memberi manfaat kepada lebih 4,000 penduduk dan pelancong luar.

“Dengan terbinanya jambatan konkrit ini, ia satu kemudahan yang memberi keselesaan bukan saja kepada penduduk kampung tetapi juga pelancong yang ingin menikmati keindahan kampung ini melalui perusahaan pelancongan komuniti luar bandar.

“Selaku ADUN Kadamaian, saya sangat berterima kasih kepada Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah kerana telah menurunkan peruntukan untuk pembinaan jambatan konkrit ini yang menelan peruntukan sekitar RM9 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Projek Menaik Taraf Jambatan Sungai Panataran, Jalan Malangkap Piasau, di sini pada Isnin.

Ewon berkata, projek ini diharap dapat dilaksanakan dan disiapkan mengikut jadual seperti yang dijangka dalam tempoh masa setahun.

Katanya, beliau percaya aktiviti ekonomi khususnya dalam sektor pelancongan dan pertanian dapat dilipatgandakan.

“Pertama, ia memudahkan pelancong datang ke tempat peranginan di sini. Kedua, untuk membawa hasil-hasil pertanian yang memerlukan kenderaan lebih besar seperti lori dan sebagainya yang selama ini ada masalah untuk memasuki kawasan ini.

“Dengan adanya jambatan ini, aktiviti ini dapat dilaksanakan dengan mudah dan saya amat yakin pendapatan perolehan penduduk itu dalam sektor pelancongan dan pertanian dapat dilipatgandakan, sangat memudahkan sekali,” katanya.

Sementara itu, Ewon berkata, beliau mempunyai pelan pembangunan iaitu satu rancangan jangka masa panjang, pembangunan infrastruktur, ekonomi dan sebagainya yang diperlukan oleh rakyat Kedamaian.

“Inilah yang menjadi panduan saya apabila berbincang dengan menteri-menteri lain. Saya ada keyakinan dalam masa terdekat ini akan ada lagi projek seumpama ini yang kita akan lancarkan,” katanya.

Related Posts

Cukup berkompromi, kini masa pacu reformasi – AMK

AYER KEROH – Hentikan pendekatan berkompromi dengan bekas musuh politik atas alasan kestabilan, sebaliknya tumpukan pelaksanaan agenda reformasi yang masih dituntut rakyat, ujar Angkatan Muda Keadilan (AMK). Naib Ketua AMK,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Prestasi luar jangka KDNK 6.0 peratus bukti reformasi ekonomi berkesan

PUTRAJAYA – Prestasi luar jangka keluaran dalam negeri kasar (KDNK) sebanyak 6.0 peratus pada suku kedua tahun 2026 (S2 2026) mempamerkan reformasi kerajaan di bawah kerangka Ekonomi MADANI telah membantu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cukup berkompromi, kini masa pacu reformasi – AMK

Cukup berkompromi, kini masa pacu reformasi – AMK

Pemandu, penumpang rentung kemalangan kereta, lori tangki

Pemandu, penumpang rentung kemalangan kereta, lori tangki

Prestasi luar jangka KDNK 6.0 peratus bukti reformasi ekonomi berkesan

Prestasi luar jangka KDNK 6.0 peratus bukti reformasi ekonomi berkesan

Teliti bantuan khas, skim sokongan guru luar bandar dan pulau

  • By Fatin
  • August 14, 2026
Teliti bantuan khas, skim sokongan guru luar bandar dan pulau

300 pelajar Pahang ke luar negara terima RM1,000

300 pelajar Pahang ke luar negara terima RM1,000

RCI Tabung Haji: Segerakan pendakwaan jika bukti cukup – Haniff

RCI Tabung Haji: Segerakan pendakwaan jika bukti cukup – Haniff