Lesen media sosial langkah kerajaan kekang jenayah siber

GEORGETOWN – Langkah kerajaan memperkenalkan permohonan lesen bagi platform media sosial terlibat adalah bagi mengekang peningkatan kes jenayah siber khususnya jenayah seksual terhadap kanak-kanak dan penipuan dalam talian di negara ini yang dilihat semakin membimbangkan.

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching berkata, memohon Lesen Kelas Pemberian Perkhidmatan Aplikasi di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) adalah bagi mempertanggungjawabkan semua penyedia platform media sosial agar mengetatkan prosedur operasi standard (SOP) dan garis panduan komuniti.

Beliau berkata, sebanyak 360 kes seksual melibatkan kanak kanak menerusi media sosial direkodkan pada 2022 dan meningkat kepada 525 kes pada 2023 dan 288 kes dicatatkan dari Januari hingga Jun tahun ini.

“Jumlah kerugian yang diakibatkan oleh penipuan dalam talian adalah RM453 juta pada 2022, meningkat kepada RM1.2 bilion pada tahun lepas manakala (dari) Januari hingga Jun ini, jumlah kerugian yang telah dicatatkan oleh pihak polis adalah RM637 juta.

‘Kita tidak mahu nampak bahawa ramai warga Malaysia yang menjadi mangsa penipuan dalam talian. Itu satu cabaran yang sangat-sangat serius,” katanya kepada pemberita selepas melawat Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Pengkalan Kota di sini pada Ahad.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) semalam memaklumkan, semua perkhidmatan media sosial dan pesanan Internet yang ketika ini mempunyai sekurang-kurangnya lapan juta pengguna berdaftar di negara ini, perlu memohon Lesen Kelas Pemberian Perkhidmatan Aplikasi di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588).

Langkah itu akan berkuat kuasa 1 Januari 2025, susulan kerangka kawal selia baharu ke atas perkhidmatan media sosial dan perkhidmatan pesanan Internet diperkenal bermula 1 Ogos.

Teo berkata, ia telah mendapat kelulusan Jemaah Menteri pada awal tahun ini, namun Kementerian Komunikasi mengambil beberapa bulan untuk menjalankan sesi libat urus dengan semua penyedia platfrom media sosial sebelum membuat pengumuman semalam.

Beliau berkata, langkah kerajaan itu bukan sesuatu peraturan yang diwujudkan oleh Malaysia, malah polisi yang sama juga dipraktikkan oleh beberapa negara lain termasuk Singapura dan United Kingdom.

Menolak dakwaan langkah MCMC itu akan menyekat hak kebebasan bersuara, beliau menjelaskan 50 peratus permintaan MCMC untuk menurunkan kandungan di media sosial sebelum ini adalah melibatkan perjudian dan penipuan dalam talian, dan bukan hanya berkaitan berita palsu.

Sementara itu, Teo memaklumkan pihaknya akan memastikan tujuh lagi NADI di Pulau Pinang akan siap dan beroperasi sebelum hujung tahun ini selaras dengan hasrat Kementerian Komunikasi untuk membangunkan 38 NADI baharu di bawah inisiatif 1 Dewan Undangan Negeri (DUN) 1 NADI iaitu tambahan kepada tiga yang wujud sebelum inisiatif berkenaan.

Secara keseluruhan, katanya terdapat 1,097 NADI di seluruh negara dengan 950 telah beroperasi manakala 147 dalam pelaksanaan.

Related Posts

Mahfuz gesa MB Negeri Sembilan nilai semula kedudukan, pulihkan kepercayaan istana

NAIB Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Mahfuz Omar berpandangan perkembangan politik di Negeri Sembilan ketika ini mencerminkan krisis kepercayaan yang semakin serius antara kerajaan negeri, institusi raja dan perkhidmatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PH terbuka rundingan hadapi PRN Melaka

HANGZHOU – Pakatan Harapan (PH) terbuka untuk mengadakan rundingan dengan mana-mana parti politik bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka. Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keterbukaan itu penting…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Mahfuz gesa MB Negeri Sembilan nilai semula kedudukan, pulihkan kepercayaan istana

Mahfuz gesa MB Negeri Sembilan nilai semula kedudukan, pulihkan kepercayaan istana

PH terbuka rundingan hadapi PRN Melaka

PH terbuka rundingan hadapi PRN Melaka

Kemelut Negeri Sembilan: MB, Exco tiada mandat pertikai kedudukan Tuanku Muhriz – PM

Kemelut Negeri Sembilan: MB, Exco tiada mandat pertikai kedudukan Tuanku Muhriz – PM

Lelaki 30-an maut disyaki terkena renjatan elektrik

  • By Fatin
  • September 23, 2026
Lelaki 30-an maut disyaki terkena renjatan elektrik

JPS digesa laksana penyelenggaraan kolam takungan secara berkala

JPS digesa laksana penyelenggaraan kolam takungan secara berkala

Geran interim RM1.5 bilion pemangkin pembangunan pedalaman Sarawak

Geran interim RM1.5 bilion pemangkin pembangunan pedalaman Sarawak