Kerajaan jamin harga 5G kedua tidak berubah

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan memastikan harga 5G di bawah rangkaian kedua akan kekal pada kadar sedia ada, kata Menteri Digital, Gobind Singh Deo.

Beliau berkata, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) prihatin dengan persoalan itu dan aspek harga telah diambil kira semasa proses penilaian pelaksanaan rangkaian kedua.

“Dalam proses penilaian yang telah membawa kepada keputusan ini (untuk meneruskan rangkaian kedua), aspek kenaikan harga dan sebagainya telah diambil kira.

“SKMM prihatin akan persoalan ini dan kita telahpun mengambil langkah untuk memastikan, apabila diwujudkan rangkaian kedua, harga yang akan ditetapkan mengikut harga sedia ada dan ini adalah perkara dalam perhatian SKMM dan prosesnya masih berjalan,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Beliau berkata demikian selepas majlis perjanjian kerjasama antara Digital Nasional Bhd (DNB) dan Cybersecurity Malaysia untuk meningkatkan keselamatan siber rangkaian 5G Malaysia di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Gobind berkata, Kementerian Digital memandang serius isu gangguan teknologi maklumat (IT) global oleh CrowdStrike pada 19 Julai lalu dan mengambil pendirian tegas bahawa apabila membina satu rangkaian yang meluas, ia sepatutnya menjadi selamat untuk digunakan.

“Kita telah menyatakan pendirian tegas bahawa biarpun Microsoft ataupun mana-mana syarikat yang mengalami masalah itu, mereka mesti memberikan jaminan bahawa selepas berlaku masalah demikian, satu audit perlu dilaksanakan untuk menunjukkan bahawa sistem yang ada sekarang memang tidak membenarkan perkara ini berulang lagi.

“Apa-apa program yang dicadangkan oleh mana-mana syarikat, ia perlu datang dengan tanggungjawab bahawa sekiranya ada kelemahan, ia akan diuruskan secepat mungkin dan jaminan perlu diberikan bahawa masalah itu tidak akan berulang.

“Saya telah maklumkan perkara ini kepada pihak terbabit dan mereka dalam proses mendapatkan laporan dan kemudian laporan itu (akan) dibentang kepada saya.

“Selepas itu, saya akan mengadakan sidang media untuk membuat penjelasan apa yang telah berlaku dan langkah yang akan diambil untuk memastikan ia dapat dielakkan daripada berulang pada masa akan datang,” katanya.

Related Posts

Warden daripada bekas pegawai tentera dan polis, dua MRSM terlibat fasa awal – Asyraf Wajdi

BUKIT GANTANG – Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan melaksanakan projek perintis pelantikan warden sepenuh masa dalam kalangan bekas pegawai tentera dan polis di dua buah Maktab Rendah Sains MARA (MRSM)…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Himpunan Turun Anwar sekadar drama politik, pembangkang terdesak kekal relevan

PEMERHATI politik, Raggie Jessy Rithaudeen, menyifatkan desakan pembangkang agar Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meletakkan jawatan hanyalah drama politik yang tidak berasaskan perancangan konkrit, sebaliknya bertujuan untuk mengekalkan sokongan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Program perkasa usahawan wanita terus diperluas di utara Sabah

Program perkasa usahawan wanita terus diperluas di utara Sabah

Warden daripada bekas pegawai tentera dan polis, dua MRSM terlibat fasa awal – Asyraf Wajdi

Warden daripada bekas pegawai tentera dan polis, dua MRSM terlibat fasa awal – Asyraf Wajdi

Himpunan Turun Anwar sekadar drama politik, pembangkang terdesak kekal relevan

Himpunan Turun Anwar sekadar drama politik, pembangkang terdesak kekal relevan

Fadhlina beri perhatian isu pendidikan di Kota Marudu – Zaidi

Fadhlina beri perhatian isu pendidikan di Kota Marudu – Zaidi

Pemancing hilang di Umas-Umas

Pemancing hilang di Umas-Umas

Kerajaan Sabah perkenal inisiatif BAYU, bantu pelajar bayar yuran MUET

  • By Ynom
  • July 20, 2025
Kerajaan Sabah perkenal inisiatif BAYU, bantu pelajar bayar yuran MUET