ASEAN akan keluarkan kenyataan bersama tolak cadangan Trump usir rakyat Palestin dari Gaza

ASEAN akan mengeluarkan kenyataan bersama menentang cadangan untuk mengusir rakyat Palestin dari Gaza.

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata bahawa Malaysia, sebagai Pengerusi ASEAN, sangat tidak bersetuju dengan cadangan yang mengatakan bahawa cadangan itu di luar akal fikiran yang waras.

“Pendirian kita menyatakan bahawa ASEAN dan Malaysia sebagai Pengerusi tahun ini tidak bersetuju dengan sebarang bentuk pelanggaran undang-undang antarabangsa.

“Kita tidak bersetuju dengan apa saja pelanggaran piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

“Kita tidak bersetuju dengan pelanggaran hak asasi manusia, Geneva Convention, ataupun yang sebagainya,” katanya di Dewan Rakyat, pada Khamis.

Mohamad berkata beliau telah membincangkan perkara itu dengan rakan sejawatannya di ASEAN yang juga tidak bersetuju dengan pengumuman itu.

“Kami (ASEAN) akan mengeluarkan kenyataan bersama selepas mendapat kata sepakat daripada semua ahli.

“Bagaimanapun, bagi Malaysia, kami sangat menentang sebarang cadangan yang tidak masuk akal untuk mengeluarkan rakyat Palestin dari tanah air mereka dan menempatkan mereka di negara ketiga,” katanya.

Beliau sebelum ini menjawab soalan tambahan Datuk Seri Mohd Shahar Abdullah (BN-Paya Besar) yang meminta menteri menyatakan pendirian Malaysia berhubung pengumuman mengeluarkan rakyat Palestin dari Gaza baru-baru ini.

Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul mengakui betapa pentingnya Malaysia perlu turut serta bagi menangani isu tersebut.

Pada Selasa, Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mencadangkan penempatan semula kekal lebih dua juta rakyat Palestin dari Gaza ke negara jiran.

Selain itu, Trump turut mencadangkan satu visi untuk pemilikan jangka panjang serta pembangunan semula Gaza, satu kenyataan yang luar biasa daripada seorang Presiden AS dalam konflik berabad lamanya – terutamanya bagi seorang pemimpin yang meraih kuasa politik di AS melalui kritikannya terhadap perang berpanjangan Amerika di Asia Barat.

Related Posts

Kerajaan MADANI perkasa BUDI Diesel demi manfaat pengguna

PUTRAJAYA – Pemilik berdaftar kenderaan diesel persendirian milik individu yang layak di bawah BUDI Diesel boleh memindahkan kelayakan kepada individu yang benar-benar menggunakan kenderaan tersebut, mulai Rabu. Bagaimanapun, kementerian Kewangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
BUDI MADANI: Kerajaan benar pindah kuota diesel maksimum tiga kenderaan segera

KUCHING – Kerajaan MADANI mengumumkan penambahbaikan segera terhadap inisiatif BUDI MADANI bagi penyaluran subsidi diesel (Budi Diesel) dengan membenarkan pemindahan kelayakan sehingga maksimum tiga buah kenderaan berkuat kuasa serta-merta. Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hari Malaysia 2026: KSU Komunikasi hargai komitmen semua pihak, syukur kelancaran majlis

Hari Malaysia 2026: KSU Komunikasi hargai komitmen semua pihak, syukur kelancaran majlis

Pahang rekod kutipan hasil lebih RM1 bilion untuk tahun kelima

Pahang rekod kutipan hasil lebih RM1 bilion untuk tahun kelima

Kerajaan MADANI perkasa BUDI Diesel demi manfaat pengguna

Kerajaan MADANI perkasa BUDI Diesel demi manfaat pengguna

BUDI MADANI: Kerajaan benar pindah kuota diesel maksimum tiga kenderaan segera

BUDI MADANI: Kerajaan benar pindah kuota diesel maksimum tiga kenderaan segera

Pemberian Khas Sabah, Sarawak dinaikkan kepada RM1.5 bilion – PMX

Pemberian Khas Sabah, Sarawak dinaikkan kepada RM1.5 bilion – PMX

‘Kehilangan ibu ketika berada di penjara hari paling murung buat saya’ – PMX

‘Kehilangan ibu ketika berada di penjara hari paling murung buat saya’ – PMX