KPJ Pahang lancar semula ‘baby hatch’

KUANTAN – Hospital Pakar KPJ Pahang membuka semula Pusat Perlindungan Bayi (Baby Hatch) di negeri ini, hari ini.

Baby hatch terbabit adalah pusat perlindungan bayi yang ketujuh dibuka hospital pakar KPJ di seluruh negara.

Exco Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Pahang, Datuk Sabariah Saidan, memaklumkan ‘baby hatch’ itu bertujuan memberikan perlindungan kepada bayi ditinggalkan serta membantu mencegah kes penderaan dan pembuangan bayi.

“Baby hatch ini bukan bertujuan untuk menggalakkan seks luar nikah ataupun mengandung awal, tetapi tujuan utamanya adalah untuk kita menyelamatkan nyawa bayi yang tidak berdosa,” katanya selepas Majlis Pelancaran Baby Hatch KPJ Pahang di sini hari ini.

Beliau berharap usaha berkenaan mampu mengurangkan kes pembuangan bayi dan memberikan harapan kepada masa depan yang lebih baik bagi semua.

Sabariah juga menjelaskan bahawa ‘baby hatch’ tidak menyimpan bayi ditinggalkan di situ, sebaliknya bayi terbabit akan diserahkan kepada keluarga angkat yang berminat melalui perbincangan antara Jabatan Kebajikan Masyarakat dan pihak berkaitan.

Related Posts

Lima ditahan ganggu tugas penguat kuasa di Tasek Bera

BERA – Lima individu termasuk empat wanita ditahan kerana bertindak menghalang tugas pihak berkuasa yang menjalankan operasi penguatkuasaan di kawasan Hutan Simpan Pemuliharaan Tasek Bera (Ramsar) di sini, pagi semalam.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
AMK Miri tuntut UMNO bertanggungjawab, tidak normalisasi penghinaan agama

MIRI – Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Miri tampil mengecam keras tindakan pihak tertentu yang mengeksploitasi institusi keagamaan Kristian, termasuk watak paderi dan biarawati, sebagai bahan jenaka berunsur seksual ketika…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lima ditahan ganggu tugas penguat kuasa di Tasek Bera

Lima ditahan ganggu tugas penguat kuasa di Tasek Bera

Anwar tegaskan Malaysia tidak jadi laluan kargo sokong operasi ketenteraan Israel

Anwar tegaskan Malaysia tidak jadi laluan kargo sokong operasi ketenteraan Israel

AMK Miri tuntut UMNO bertanggungjawab, tidak normalisasi penghinaan agama

AMK Miri tuntut UMNO bertanggungjawab, tidak normalisasi penghinaan agama

Rakyat Malaysia di Yaman diminta kekal di lokasi selamat

Rakyat Malaysia di Yaman diminta kekal di lokasi selamat

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan