Amanah kesal isu dana syarikat arak kepada sekolah jadi fitnah politik sempit

PUTRAJAYA – Amanah tegas mempertahankan prinsip syariah dalam menjalankan fungsinya sebagai sebuah parti politik yang progresif dan inklusif di negara ini.

Timbalan Presiden Amanah, Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa berkata, pihaknya kesal dengan niat jahat pihak tertentu yang mengambil peristiwa melibatkan Ketua Angkatan Wanita Amanah Negara (Awan), Datuk Aiman Athirah Sabu bagi mewujudkan persepsi negatif terhadap parti bagi tujuan politik sempit.

Menurutnya, kekhilafan yang berlaku disebabkan tertera tulisan ‘Tiger’ di atas replika cek yang telah disalah anggap dengan pelbagai tafsiran sehingga membawa penghinaan dan keburukan kepada pihak terlibat.

“Saya juga dimaklumkan bahawa pihak Aiman Athirah sudah menjelaskan kekhilafan tersebut dalam kenyataannya.

“Saya dengan ini menyeru mana-mana pihak agar perlu lebih sensitif dalam hal sedemikian untuk rujukan masa hadapan,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Terdahulu, Aiman Athirah yang juga Ahli Parlimen Sepang dikecam selepas gambar tular di media sosial memaparkan dirinya bersama individu lain dengan sebuah replika cek sumbangan syarikat arak berjumlah RM3 juta.

Aiman Athirah dilaporkan berkata, beliau hadir ke program di sebuah sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) di Sepang itu bagi memberi sokongan kepada pihak sekolah mengumpul dana membina dewan bagi keselesaan murid dan tidak mempunyai niat lain.

Dalam pada itu, Mujahid mendakwa, ada pihak cuba menangguk di air keruh atas kehadiran Aiman Athirah ke sekolah terbabit dengan memberikan konteks berbeza, semata-mata untuk mencetuskan polemik.

Bagaimanapun katanya, hakikat sebenar disembunyikan secara sengaja dan pihak terbabit mengeploitasikan sekeping gambar untuk memperbesarkan isu tersebut.

“Konteks sebenar kehadiran Aiman Athirah adalah untuk menyampaikan sumbangan beliau sebagai Ahli Parlimen bagi tujuan kutipan dana guna untuk membina dewan sekolah SJKC tersebut.

“Adapun gambar beliau di atas pentas yang dilihat membuat isyarat ‘thumbs-up’ adalah kerana majlis makan malam itu berjaya mengumpul dana RM3.1 juta iaitu lebih daripada sasaran RM3 juta yang dijangkakan.

“Ia tidak ada kena mengena sebagai tanda isyarat menyokong menerima sumbangan dari syarikat arak,” katanya.

Sementara itu, Mujahid berkata, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek juga sudah menjelaskan menurut arahan pekeliling kementerian, sumbangan melibatkan syarikat arak, judi atau rokok untuk apa-apa sumbangan sekolah tidak dizinkan.

“Namun, dalam konteks keberadaan Aiman Athirah, majlis tersebut adalah majlis amal untuk kutipan dana yang dianjurkan oleh Lembaga Pengelola sekolah dan sumbagan diterima dari pelbagai pihak termasuk komuniti setempat serta ibu bapa dan pemimpin masyarakat.

“Ia bukan anjuran mana-mana syarikat arak dan bukan juga sumbangan dari mana-mana syarikat arak secara khusus.

“Replika cek menandakan kutipan derma yang berjaya dikumpulkan iaitu bernilai RM3.1 juta dan bukan menandakan ianya majlis khas sumbangan dari syarikat arak untuk tujuan kutipan dana sekolah,” katanya.

Related Posts

700,000 pemilik kenderaan persendirian nikmati diesel bersubsidi mulai esok

PUTRAJAYA – Kerajaan memperluas pelaksanaan BUDI MADANI Diesel (BUDI Diesel) dengan membolehkan kira-kira 700,000 pemilik kenderaan diesel persendirian di seluruh negara menikmati diesel bersubsidi pada harga RM2.10 seliter mulai esok.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pasport Malaysia baharu perkukuh keyakinan dunia terhadap negara

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluncurkan Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) baharu di lobi Parlimen di sini hari ini. Anwar berkata, pasport tersebut dilengkapi dengan 94 ciri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

700,000 pemilik kenderaan persendirian nikmati diesel bersubsidi mulai esok

700,000 pemilik kenderaan persendirian nikmati diesel bersubsidi mulai esok

Pasport Malaysia baharu perkukuh keyakinan dunia terhadap negara

  • By Aden
  • June 30, 2026
Pasport Malaysia baharu perkukuh keyakinan dunia terhadap negara

Lelaki maut dibaham buaya ketika mengambil hasil tangkapan

Lelaki maut dibaham buaya ketika mengambil hasil tangkapan

Amirudin: Tiada caj, kompaun sepanjang gangguan aplikasi parkir

Amirudin: Tiada caj, kompaun sepanjang gangguan aplikasi parkir

Sabah perkukuh tadbir urus biodiversiti melalui strategi 2024-2034, dua sistem digital baharu

Sabah perkukuh tadbir urus biodiversiti melalui strategi 2024-2034, dua sistem digital baharu

Lagi insiden letupan senjata Kem Hobart: Dua anggota TDM kini stabil

Lagi insiden letupan senjata Kem Hobart: Dua anggota TDM kini stabil