Lesen kenderaan motor percuma untuk golongan OKU bisu pekak

JOHOR BAHRU – Cakna dengan kebajikan golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) termasuklah soal kemudahan pengangkutan, kini kumpulan yang terdiri daripada ketagori OKU bisu pekak berpeluang mendapatkan lesen motosikal secara percuma.

Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim (YPKDT) dalam kenyataan berkata, program anjuran Kerjaaan Negeri di bawah Belanjawan Johor 2025 itu kini dibuka kepada mereka yang berkelayakan.

Menurutnya, Program Mobiliti OKU 2025 merupakan inisiatif pemberian lesen memandu motosikal Kelas B2 secara percuma khas untuk golongan istimewa tersebut.

“Ia dibuka untuk permohonan kepada warganegara Malaysia yang bermastautin di Johor dalam tempoh sekurang-kurangnya lima tahun berturut-turut sewaktu permohonan dibuat.

“Pendaftaran secara percuma boleh dilakukan melalui kod QR yang tertera pada poster. Mereka digalakkan mendaftar dan membaca syarat permohonan disediakan.

“Untuk maklumat lanjut boleh lihat di media sosial rasmi YPKDT. Program ini adalah terhad dan dibuka sehingga 28 Februari ini sahaja,” katanya.

Related Posts

Dari Vietnam ke Sabah, air mata iringi perjuangan suami bawa pulang isteri sakit

KOTA KINABALU – Air mata, semangat dan perjuangan jadi saksi pengorbanan seorang suami, Jamri Herry, 40, apabila berusaha membawa pulang isterinya ke tanah air akibat jatuh sakit di Vietnam. Isterinya,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Perairan Perlis jadi habitat mamalia marin bertaraf antarabangsa

KUALA PERLIS – Perairan negeri ini khususnya sekitar Kuala Perlis hingga ke Pulau Batu Layang diiktiraf sebagai habitat penting mamalia marin bertaraf antarabangsa apabila menjadi lokasi kemunculan spesies lumba-lumba Irrawaddy.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Undi18 kekal ‘king maker’ dalam PRU16

Undi18 kekal ‘king maker’ dalam PRU16

Dari Vietnam ke Sabah, air mata iringi perjuangan suami bawa pulang isteri sakit

Dari Vietnam ke Sabah, air mata iringi perjuangan suami bawa pulang isteri sakit

FAMA laksana intervensi pasaran untuk stabil harga cili merah

FAMA laksana intervensi pasaran untuk stabil harga cili merah

Naratif lapuk Himpunan 1 Mei jejaskan kematangan wacana antirasuah

Naratif lapuk Himpunan 1 Mei jejaskan kematangan wacana antirasuah

MINDA TOK ABAH: Tanggungjawab dan keberanian negarawan insani

MINDA TOK ABAH: Tanggungjawab dan keberanian negarawan insani

Rasionalisasi penyelarasan perbelanjaan kerajaan

Rasionalisasi penyelarasan perbelanjaan kerajaan