NGO, syarikat korporat diseru bantu mangsa banjir di Kota Marudu

KOTA MARUDU – Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta sektor korporat diminta tampil menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir di sekitar kawasan yang terjejas, di Kota Marudu.

Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kota Marudu, Sazalye Donol berkata, penglibatan golongan itu mampu membantu mengatasi masalah yang dihadapi mangsa banjir.

Katanya, antara keperluan utama yang boleh diberi kepada mangsa banjir ialah bekalan air bersih, makanan serta berbentuk kewangan.

“Setakat ini Kerajaan Negeri sudah menghulurkan bantuan menerusi Pejabat Daerah Kota Marudu untuk diselaraskan kepada penerima.

“Oleh itu, saya merayu agar NGO dan syarikat korporat bersama-sama menghulurkan bantuan keperluan asas kepada mangsa yang terlibat,” katanya selepas melawat Pusat Perpindahan Sementara (PPS) SMK Bandau, Dewan SA Advent Goshen, Sekolah Kebangsaan (SK) Ranau serta SMK Bengkongan, di sini, pada Khamis.

Sazalye yang juga Pegawai Khas kepada Ketua Menteri Sabah berkata, beliau berkesempatan menyalurkan bantuan serta sumbangan berbentuk makanan kepada mangsa banjir di PPS berkenaan.

Beliau turut terharu atas komitmen petugas Jabatan Kebajikan Masyarakat serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) menjalankan tugas dengan sangat baik membantu mangsa di PPS.

Related Posts

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

ALOR SETAR – Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) telah menyelesaikan sepenuhnya pembekalan 8,275 tan metrik baja urea bagi kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), lebih awal daripada tempoh ditetapkan. NAFAS memaklumkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

BALING – Taktik sindiket penyelewengan gas petroleum cecair (LPG) bersubsidi yang memilih lokasi terpencil di sebuah ladang kelapa sawit di Kuala Ketil, di sini gagal apabila kegiatan itu terbongkar pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

Kestabilan politik perlu dipelihara demi keyakinan pelabur – Anwar

Kestabilan politik perlu dipelihara demi keyakinan pelabur – Anwar

Pertahanan negara perlukan tambahan peruntukan hingga berbilion ringgit – Anwar

Pertahanan negara perlukan tambahan peruntukan hingga berbilion ringgit – Anwar