Wanita PKR perlu mantapkan kekuatan ilmu, hadapi pilihan raya – Fadlina

LPUTATAN – Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fadhlina Sidek mahu wanita di dalam parti itu bersedia dengan kekuatan ilmu pengetahuan yang secukupnya bagi menghadapi pilihan raya khususnya Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 (PRN17).

Beliau berkata kekuatan dari segi ilmu pengetahuan adalah perkara pertama yang harus dikembang terutamanya kepada wanita PKR yang ingin bertanding menjadi calon.

“Kekuatan ilmu yang pertama, mesti ada kekuatan menulis kertas kerja. Mesti ada kekuatan mencari serta membuat naratif yang baik dan bijak.

“Menguruskan bagaimana nak melihat isu-isu, seperti isu wanita, kanak-kanak, ekonomi dan banyak lagi.

“Sebab itu saya kata, latih wanita-wanita ini menulis, kita kena ada kekuatan itu. Semakan, suntingan semua perlu buat,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Penutupan Bengkel ‘RUN-2-WIN’ Wanita Sabah bersama Pimpinan MPWP, di sini pada Sabtu.

Kata Fadlina, amat penting bagi calon untuk keluar dari zon selesa dan mengetahui dengan jelas tugas seorang ahli politik.

Mengulas mengenai bengkel ‘Run-2-Win’, katanya ia diadakan untuk membantu, memperbaiki dan mengasah kemahiran jentera wanita PKR bagi menghadapi pilihan raya terdekat, khususnya PRN17 Sabah.

“Run-to-Win adalah sebuah program yang menumpukan kepada kemahiran pilihan raya dan memberi tumpuan kepada calon-calon khususnya negeri Sabah.

“Jadi selepas perayaan Tahun Baharu Cina ini, kita akan kembali untuk menggerakkan semula program-program sehingga pilihan raya yang akan datang.

“Harapan kita semua selepas ini akan ada bengkel-bengkel yang lebih khusus berkaitan pengendalian data dan program-program masyarakat untuk diberi tumpuan lebih bagi meraih kemenangan pilihan raya akan datang,” ujarnya.

Related Posts

BN jangan jadikan program jelajah TVET bahan kempen politik – Alan

JOHOR BAHRU – Program jelajah Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional tidak perlu digunakan oleh Barisan Nasional (BN) sebagai alat dan kempen politik untuk meraih sokongan daripada golongan muda. Calon…

Lebih lanjut

teruskan membaca
GPS belum muktamad senarai calon PRN Sarawak – Abdul Karim

KUCHING – Gabungan Parti Sarawak (GPS) menafikan kesahihan senarai nama individu yang tular di media sosial yang didakwa sebagai calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak akan datang.   Ketua Penerangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Elia Nadira tekad bawa politik nilai, didik masyarakat dan utamakan khidmat di Tenang

Elia Nadira tekad bawa politik nilai, didik masyarakat dan utamakan khidmat di Tenang

Pengalaman sedekad sebagai peguam kelebihan fahami dasar, undang-undang – Kartiyaini

Pengalaman sedekad sebagai peguam kelebihan fahami dasar, undang-undang – Kartiyaini

Haniff Hosman eratkan silaturahim bersama jemaah Surau Kampung Dalam

Haniff Hosman eratkan silaturahim bersama jemaah Surau Kampung Dalam

BN jangan jadikan program jelajah TVET bahan kempen politik – Alan

BN jangan jadikan program jelajah TVET bahan kempen politik – Alan

Wanita lakukan kekerasan terhadap Sultan Perak didenda RM500

Wanita lakukan kekerasan terhadap Sultan Perak didenda RM500

FELDA disaran selesai isu lapuk dihadapi peneroka

FELDA disaran selesai isu lapuk dihadapi peneroka