Siti Mastura selesai bayar saman tiga pemimpin DAP

GEORGE TOWN – Bayaran ganti rugi sebanyak RM830,034.75 termasuk kos guaman (bersama faedah) yang perlu dibayar oleh Ahli Parlimen Kepala Batas, Dr Siti Mastura Muhammad kepada tiga pemimpin DAP, Tan Sri Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan Teresa Kok berjaya diselesaikan melalui penyerahan cek kepada peguam, Datuk Sankara pada Rabu.

Datuk Sankara Nair yang mewakili ketiga-tiga pemimpin DAP itu mengesahkan bahawa firma guamannya telah menerima cek berjumlah RM830,034.75, termasuk faedah sehingga Khamis daripada Siti Mastura.

Ahli Parlimen Pas itu telah mematuhi perintah Mahkamah Tinggi Pulau Pinang untuk membayar ganti rugi keseluruhan dan kos guaman berjumlah RM825,000 termasuk faedah kepada ketiga-tiga plaintif dengan menyerahkan cek kepada Sankara Nair, sementara menunggu rayuan kes.

“Dengan persetujuan ini direkodkan, kami akan mengeluarkan surat ikatan kepada defendan untuk tindakan lanjut dan menunggu perbicaraan Mahkamah Rayuan,” katanya menerusi aplikasi Zoom Meeting yang diadakan oleh Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, yang turut dihadiri peguam Siti Mastura, Yusfarizal Yusoff.

Peguam bagi kedua-dua pihak mencapai persetujuan di dalam kamar Hakim Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, Datuk Quay Chew Soon, pada pagi Rabu.

“Pengaturan ini telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak manakala pendengaran rayuan dijangka akan berlangsung di Mahkamah Rayuan pada 13 Mac ini. Kes ini kini berada di peringkat pengurusan kes,” katanya.

Sebelum ini, Siti Mastura yang didapati telah mengeluarkan kenyataan fitnah terhadap tiga pemimpin DAP dan telah memfailkan rayuan terhadap keputusan tersebut.

Terdahulu, tiga pemimpin DAP menyaman Siti Mastura berhubung ucapannya dalam ceramah pada Pilihan Raya Kecil Kemaman, yang mana saman tersebut difailkan secara berasingan oleh Pengerusi DAP, Lim Guan Eng, bapanya, Tan Sri Lim Kit Siang dan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok Suh Sim selaku plaintif pada 27 November tahun lalu.

Menerusi penyataan tuntutan, ketiga-tiga plaintif mendakwa Siti Mastura telah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka mempunyai pertalian dengan Parti Komunis dan ketuanya Chin Peng serta mendiang Kuan Yew.

Mereka mendakwa ketika ceramah pada 4 November 2023, defendan telah membuat beberapa kenyataan yang merujuk secara langsung dan tidak langsung kepada ketiga-tiga plaintif iaitu mereka mempunyai hubungan dengan parti komunis, menyokong serta mengamalkan selain menyebarkan ideologi dan falsafah komunisme dalam negara.

Bagaimanapun, dalam pembelaannya yang difailkan pada Januari lalu, Siti Mastura telah mempertahankan kenyataannya itu bahawa ia dibuat berdasarkan kebenaran dan fakta.

Siti Mastura berkata, dakwaannya itu dibuat berdasarkan buku panduan ‘BN Comms’ yang membuat penyelidikan mendalam, diterbitkan Barisan Nasional untuk pemimpin partinya menjelang Pilihan Raya Umum ke-15.

Related Posts

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

ALOR SETAR – Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah mencatat sejarah sebagai kerabat diraja pertama yang menjalani dan menamatkan Kursus Asas Penerbangan Helikopter di Kolej Tentera Udara (KTU),…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

LIMBANG – Masyarakat di kawasan perbatasan digesa untuk memainkan peranan proaktif sebagai mata dan telinga kerajaan dengan menyalurkan maklumat berhubung sebarang aktiviti mencurigakan kepada pihak berkuasa. Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP

Pemilik haiwan digalak beri vaksin rabies setiap tahun

Pemilik haiwan digalak beri vaksin rabies setiap tahun