TH zalimi bakal haji adalah fitnah, tuduhan tidak berasas

PUTRAJAYA – Lembaga Tabung Haji (TH) menafikan sekeras-kerasnya tuduhan menzalimi bakal haji melalui tawaran haji musim 2025M/1446H, seperti yang tular di media sosial ketika ini.

TH menerusi kenyataan memaklumkan tuduhan itu adalah fitnah dan tidak benar sama sekali kerana TH telah menerima dan mengkategorikan semula lebih 700 golongan M40 seperti suri rumah, pelajar dan warga emas kepada golongan B40 setelah menerima rayuan berserta bukti mereka adalah dari golongan tersebut.

Menurutnya, sejak 2022 TH menyemak silang maklumat bakal haji dengan agensi kerajaan bagi menentukan kategori bakal jemaah B40, M40 dan T20.

“Bakal jemaah yang menerima sumbangan program bantuan kerajaan seperti Sumbangan Tunai Rahmah adalah termasuk dalam Kumpulan B40.

“Bagi mereka yang mempunyai pendapatan individu melebihi RM15,000 sebulan adalah termasuk dalam Kumpulan T20,” katanya, hari ini.

Mengulas lanjut, TH menegaskan, bakal jemaah yang tidak termasuk dalam kategori B40 dan T20 adalah dikategorikan sebagai M40 namun, TH telah dan masih menerima permohonan rayuan menukar kategori tawaran.

Sehubungan itu TH memandang serius tuduhan-tuduhan tidak benar yang memburukkan reputasinya dan menimbulkan keresahan dalam kalangan umat Islam dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang yang sewajarnya. 

Sebelum ini, tular satu tuduhan yang mengatakan pihak TH menzalimi bakal haji berkaitan permohonan rayuan kategori tawaran.

Related Posts

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

KUALA LUMPUR – Pengiktirafan Hospital Bukit Mertajam (HBM), Pulau Pinang sebagai antara hospital hijau terbaik dunia merupakan pencapaian yang membanggakan negara, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Menerusi hantaran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

PUTRAJAYA – Kes penipuan dalam talian terus mencatatkan angka membimbangkan apabila kerugian dilaporkan mencecah RM958 juta dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini, kata Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

Kestabilan politik perlu dipelihara demi keyakinan pelabur – Anwar

Kestabilan politik perlu dipelihara demi keyakinan pelabur – Anwar

Pertahanan negara perlukan tambahan peruntukan hingga berbilion ringgit – Anwar

Pertahanan negara perlukan tambahan peruntukan hingga berbilion ringgit – Anwar