Rangkaian kedua 5G U Mobile dalam 15-18 bulan lagi

PENGENDALI rangkaian 5G kedua Malaysia, U Mobile Sdn Bhd merancang untuk melancarkan rangkaian 5G kedua dalam tempoh 15 hingga 18 bulan akan datang.

Menurut Pengerusi U Mobile Sdn Bhd, Tan Sri Vincent Tan, menjelaskan yang syarikat itu tidak akan memerlukan sebarang pembiayaan daripada kerajaan atau rakan kongsi tempatan baharu untuk memudahkan pelaksanaan 5G berkenaan.

“Tidak ada sesen pun wang kerajaan terlibat. Kami tidak memerlukan rakan kongsi lain seperti yang dilaporkan oleh beberapa media tempatan yang mencadangkan bahawa kami memerlukan rakan kongsi tambahan kerana kami kekurangan dana. Itu adalah pendapat mereka.

“Bank mempunyai banyak wang. Jika saya tidak mempunyai dana, bank ada. Mudah-mudahan kami akan melancarkan 5G dalam tempoh 15 hingga 18 bulan lagi, dan kemungkinan besar ia akan berlaku,” katanya.

Tan berkata syarikat itu sedang mempertimbangkan pembekal dari China iaitu Huawei Technologies Co Ltd dan ZTE Corp, kerana mereka menawarkan teknologi paling canggih.

“Tidak perlu rakan kongsi tempatan yang baharu. Kami sudah mempunyai ramai rakan kongsi dan pelabur. Huawei dan ZTE hanyalah pembekal, mereka mungkin menyediakan sedikit pembiayaan.

“Kami juga menggunakan modal sendiri, dan pihak bank sanggup meminjamkan wang kepada kami. Jadi, tiada apa yang telah dimuktamadkan lagi; rundingan masih berjalan,” tambahnya.

RHB Investment Bank Bhd pada 10 Januari, melaporkan U Mobile berkemungkinan menjalin kerjasama rangkaian untuk mengimbangi perbelanjaan modal 5G yang dianggarkan antara RM3 bilion hingga RM4 bilion, berikutan pemilihannya sebagai penyedia akses rangkaian 5G kedua.

Dalam nota penyelidikan, RHB Investment berkata, perkongsian infrastruktur rangkaian akan mempercepatkan penempatan tapak, membolehkan sasaran liputan penduduk tercapai dengan lebih pantas.

“Walaupun U Mobile belum mengumumkan pelan pelancarannya, kami menerima maklumat daripada sumber industri bahawa ia berpotensi untuk membangunkan 5,000 hingga 7,000 tapak 5G di seluruh negara melalui naik taraf tapak 4G sedia ada dan pembinaan baharu,” katanya.

Berikutan pemilihan itu, pelabur utama dan pemegang saham utama U Mobile, Singapore Technologies Telemedia, yang berkaitan dengan Temasek, telah menjual pegangan sahamnya kepada entiti tempatan yang dikawal oleh Tan, pemegang saham utama U Mobile yang lain.

Pada Julai 2024, U Mobile memeterai memorandum persefahaman dengan empat penyedia infrastruktur rangkaian iaitu Bullish Aim, OCK Group, Edgepoint Towers dan Naza Communications, untuk memudahkan pemasangan tapak.

Sementara itu, Tan menyasarkan untuk menyenaraikan pengendali rangkaian mudah alih itu di Bursa Malaysia menjelang akhir 2025 dan sedang giat mengusahakan tawaran awam permulaan (IPO).

“Ada kemungkinan besar untuk IPO U Mobile. Kami berharap untuk mengemukakannya dalam beberapa bulan akan datang dan disenaraikan menjelang akhir 2025. Saiz IPO masih dalam perbincangan, dan masih terlalu awal untuk memberikan butiran lanjut,” katanya.

Related Posts

10 tawaran utama bukti kesungguhan PH bangunkan Johor, Haniff seru perantau pulang mengundi

PONTIAN – Calon Pakatan Harapan (PH) bagi N.54 Pulai Sebatang, Haniff Hosman menegaskan bahawa 10 Tawaran Utama Johor Untuk Semua merupakan komitmen yang realistik dan menyeluruh bagi memastikan kemajuan negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
JKOM perkasa penyampaian mesej MADANI kepada masyarakat India melalui kerjasama dengan MITRA

PUTRAJAYA – Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) akan memperkukuh penyampaian mesej Kerajaan MADANI kepada masyarakat India menerusi kerjasama strategik dengan Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA), termasuk penghasilan kandungan dalam bahasa…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Warga Limbang nikmati akses terus perkhidmatan MOT

Warga Limbang nikmati akses terus perkhidmatan MOT

Polis tahan suspek kes liwat, cabul dua pelajar lelaki kolej

Polis tahan suspek kes liwat, cabul dua pelajar lelaki kolej

MCMC terima hampir 4,000 aduan pengguna di Pantai Timur Sabah

MCMC terima hampir 4,000 aduan pengguna di Pantai Timur Sabah

Bangsa Johor berang bila PRN digunakan untuk bebas Najib

Bangsa Johor berang bila PRN digunakan untuk bebas Najib

PNK Kuala Perlis cadang kerajaan wujudkan BUDI Nelayan

PNK Kuala Perlis cadang kerajaan wujudkan BUDI Nelayan

Sebab PH lewat keluar manifesto, unjuran Kian Miang jauh tersasar – Fahmi

Sebab PH lewat keluar manifesto, unjuran Kian Miang jauh tersasar – Fahmi