Baucar Buku Madani bakal diperluas untuk guru

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan (KPM) akan membentangkan cadangan memperluaskan pemberian Baucar Buku Madani kepada guru pada mesyuarat Kabinet akan datang.

Menterinya, Fadhlina Sidek, berkata pihaknya bercadang berbuat demikian susulan kejayaan penebusan baucar buku oleh murid yang mencapai 100 peratus, termasuk di kawasan luar bandar.

Katanya, berdasarkan angka itu, pihaknya percaya komitmen untuk meneruskan pemberian baucar buku berkenaan perlu dilakukan bukan saja dalam kalangan pelajar sekolah, tetapi juga membabitkan guru untuk menikmati kemudahan itu.

“Jadi, kita akan angkat cadangan ini (pemberian Baucar Buku Madani) kepada jemaah menteri dalam mesyuarat Kabinet (akan datang).

“Pada mesyuarat (Kabinet) itu nanti, kita akan melaporkan kejayaan (pemberian) baucar buku pada tahun lalu yang mencapai penebusan 100 peratus dan ini pencapaian besar walaupun tidak mudah, hasil komitmen semua pihak termasuk guru.

“Paling mengagumkan, kita juga berjaya melaksanakan penebusan sepenuhnya di kawasan luar bandar, sebab itu kita harap ia dapat diperluaskan kepada guru juga pada tahun ini,” katanya selepas Majlis Penyerahan Cek Cura Bantuan Awal Persekolahan (BAP) 2025 Peringkat Pulau Pinang di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Tasek, dekat Nibong Tebal, hari ini.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Pendidikan Pulau Pinang, Wan Sajiri Wan Hassan.

BAP berjumlah lebih RM33.9 juta diberikan kepada 226,004 murid di seluruh sekolah rendah dan menengah di Pulau Pinang bagi sesi persekolahan 2025/2026.

Pada Mei tahun lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pemberian baucar buku bernilai RM50 kepada murid Tahun Empat dan ke atas, manakala RM100 kepada pelajar sekolah menengah, kolej vokasional, Tingkatan Enam, matrikulasi dan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM),

Fadhlina yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal berkata, penebusan sepenuhnya baucar buku itu pada tahun lalu menunjukkan budaya membaca dalam kalangan pelajar semakin meningkat.

Related Posts

MTPMA63 berlangsung di Sabah, Jumaat ini

KOTA KINABALU – Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) bakal diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, pada Jumaat ini, 11 September. Menteri di Jabatan Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wan Azizah gesa suara wanita diterjemah kepada dasar, bukan sekadar statistik

KUALA LUMPUR – Kajian Suara Wanita 2025/2026 membawa kepada lima hala tuju dasar yang wajar diberi perhatian kerajaan, sektor swasta dan masyarakat sivil, kata Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

  • By Ezmie
  • September 7, 2026
Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

  • By Ithma
  • September 7, 2026
Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit