Kelab LC1010 serah sumbangan banjir untuk Pahang

KUANTAN – Kelab LC1010 menyampaikan sumbangan pasca banjir untuk negeri Pahang berjumlah RM50,000.

Sumbangan itu disampaikan Timbalan Pengerusi kelab berkenaan, Hoo Wan Tim kepada Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail di sebuah hotel, semalam.

Wan Tim berkata, sumbangan terbabit adalah bagi meringankan bebanan penduduk terjejas banjir di negeri ini untuk membina semula kehidupan mereka.

“Sepatutnya penyerahan sumbangan dilakukan sendiri oleh Pengerusi kelab, Profesor Datuk Jim Khor, namun memandangkan beliau mempunyai urusan yang tidak dapat dielakkan, maka saya mewakili beliau.

“Untuk sumbangan pasca banjir bagi negeri Pahang, ia adalah selaras dengan hasrat penubuhan kelab – untuk membalas jasa masyarakat dengan kasih sayang – yang prihatin dengan kesukaran dihadapi penduduk terjejas banjir,” jelasnya.

Ketua Kebajikan kelab, Foo Seong Wah pula berharap sumbangan berkenaan dapat menjadi contoh dan permulaan kepada lebih banyak pihak untuk bersama-sama tampil membantu kawasan yang berdepan masalah banjir.

“Kita juga berhasrat untuk meneruskan usaha ini di kawasan lain melalui pelan bantuan susulan supaya lebih banyak bantuan secara menyeluruh dapat disampaikan,” katanya.

Related Posts

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

ALOR SETAR – Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) telah menyelesaikan sepenuhnya pembekalan 8,275 tan metrik baja urea bagi kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), lebih awal daripada tempoh ditetapkan. NAFAS memaklumkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

BALING – Taktik sindiket penyelewengan gas petroleum cecair (LPG) bersubsidi yang memilih lokasi terpencil di sebuah ladang kelapa sawit di Kuala Ketil, di sini gagal apabila kegiatan itu terbongkar pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

Kestabilan politik perlu dipelihara demi keyakinan pelabur – Anwar

Kestabilan politik perlu dipelihara demi keyakinan pelabur – Anwar

Pertahanan negara perlukan tambahan peruntukan hingga berbilion ringgit – Anwar

Pertahanan negara perlukan tambahan peruntukan hingga berbilion ringgit – Anwar