PPM Karamunting buat laporan polis terhadap Fahmi Reza susulan karikatur imej TYT Sabah

SANDAKAN – Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Karamunting, Datuk Chew Kok Woh membuat satu laporan polis terhadap pereka grafik karikatur, Fahmi Reza yang menampal poster karikatur imej Yang di-Pertua Negeri Sabah di beberapa kawasan di Kota Kinabalu. 

Beliau berkata, tindakan Fahmi menampal poster karikatur tersebut bukan saja mencemarkan imej Yang di-Pertua Negeri Sabah malah perbuatan itu turut menyinggung kemarahan dan maruah rakyat Sabah. 

“Fahmi Reza perlu menghormati tatacara pelantikan Yang di-Pertua Negeri Sabah seperti yang termaktub dalam perlembagaan Negeri Sabah dan Perlembagaan Persekutuan. 

“Tindakan Fahmi Reza tersebut boleh di umpamakan sebagai satu hasutan yang boleh mencetuskan kemarahan orang-orang Sabah yang suka hidup rukun damai dan berharmoni di kalangan kami yang terdiri dari berbilang kaum, adat dan agama,” katanya dalam kenyataan di sini pada Khamis.

Sehubungan itu, beliau berharap pihak polis akan bertindak terhadap mereka yang mencemarkan nama baik dan jawatan Yang di-Pertua Negeri Sabah.

Related Posts

RGT Kemaman: Antara harapan besar dan realiti yang perlu dinilai secara jujur

CADANGAN pembangunan projek Regasification Terminal (RGT) di Kemaman yang dijangka siap menjelang 2029 dilihat sebagai satu langkah strategik untuk mengangkat Terengganu sebagai hab LNG di Pantai Timur. Dalam naratif pembangunan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
4 RUU diluluskan pada sidang DUN Sabah ke-17

KOTA KINABALU – Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah meluluskan empat Rang Undang-Undang (RUU) pada mesyuarat pertama penggal kedua DUN Sabah yang ke-17, di sini pada Khamis.  Antara RUU baharu yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RGT Kemaman: Antara harapan besar dan realiti yang perlu dinilai secara jujur

RGT Kemaman: Antara harapan besar dan realiti yang perlu dinilai secara jujur

4 RUU diluluskan pada sidang DUN Sabah ke-17

4 RUU diluluskan pada sidang DUN Sabah ke-17

Pengosongan Balai Luak Undang Sungei Ujong oleh Mubarak ditangguhkan

Pengosongan Balai Luak Undang Sungei Ujong oleh Mubarak ditangguhkan

SICC transformasi jadi platform strategik jaringan perniagaan serantau

SICC transformasi jadi platform strategik jaringan perniagaan serantau

Hari Sukan SK FELDA Jengka 24 platform jalin hubungan antara komuniti

Hari Sukan SK FELDA Jengka 24 platform jalin hubungan antara komuniti

133 jemaah haji Sarawak berangkat ke Tanah Suci diiringi doa TYT Sarawak

133 jemaah haji Sarawak berangkat ke Tanah Suci diiringi doa TYT Sarawak