Pasukan boling lelaki muncul juara Piala Dunia

SKUAD boling lelaki negara mencipta sejarah apabila menjuarai kejohanan Piala Dunia Boling IBF (Persekutuan Boling Dunia) di Kowloon, Hong Kong dalam acara berpasukan, hari ini.

Kejayaan membanggakan itu hadir selepas Malaysia dibarisi Tun Hakim Tun Hasnul Azam, Timmy Tan, Muhd Rafiq Ismail dan Ahmad Muaz Fishol menewaskan Puerto Rico 3-2 di pentas final.

Pemain negara memenangi set pertama dengan 203-170 jatuhan pin, sebelum Puerto Rico menyamakan kedudukan 1-1 menerusi permainan terbaik mereka 257-216 pada set kedua.

Malaysia kembali di depan menerusi kemenangan 197-180 pada set ketiga namun kedudukan kembali terikat 2-2 selepas Puerto Rico menang dengan keputusan 222-185.

Skuad Malaysia memanfaatkan sepenuhnya peluang terhidang dengan melakukan 227 jatuhan pin tatkala Puerto Rico sekadar melakukan 161 pada set penentuan.

Untuk rekod, ini adalah kali pertama Malaysia bergelar juara di Piala Dunia Boling dalam acara berpasukan lelaki.

Malaysia sebelum ini menjuarai Piala Dunia dalam acara perseorangan lelaki menerusi Syafiq Ridhwan Abdul Malik di Wroclaw, Poland pada 2012.

Related Posts

Musketeers Football perkukuh ekosistem bola sepak akar umbi melalui inovasi

SANDAKAN – Musketeers Football memperluas pembangunan bola sepak akar umbi menerusi penerokaan produk, teknologi, pendidikan dan peluang kerjaya dalam industri sukan. Presidennya, Hardy Pudar berkata, penyertaan dalam SCENIC Sabah Creatixé…

Lebih lanjut

teruskan membaca
YPM FC juara Liga Rakyat Pahang 1st Piala Al-Sultan Abdullah

YPM FC muncul juara edisi sulung Liga Rakyat Pahang 1st Piala Al-Sultan Abdullah selepas menewaskan Majlis Daerah Raub (MDR) 2-1 pada aksi final di Stadium Darul Makmur, di sini malam…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Mahfuz cabar UMNO, jangan kekal sambil menggoncang

Mahfuz cabar UMNO, jangan kekal sambil menggoncang

Keputusan asas penambahan kerusi Parlimen Sabah dan Sarawak dicapai, perincian diserah kepada SPR

Keputusan asas penambahan kerusi Parlimen Sabah dan Sarawak dicapai, perincian diserah kepada SPR

Pameran Mini Hari Malaysia 2026: Semarakkan patriotisme, perkukuh keharmonian di Mukah

Pameran Mini Hari Malaysia 2026: Semarakkan patriotisme, perkukuh keharmonian di Mukah

Acara kemuncak Hari Malaysia di BCCK janjikan kelainan, pengunjung dinasihat pakai pelitup muka

Acara kemuncak Hari Malaysia di BCCK janjikan kelainan, pengunjung dinasihat pakai pelitup muka

PP26 bukti Pasifik bukan pemisah antara negara

PP26 bukti Pasifik bukan pemisah antara negara

Waspada guna AI jana grafik Jalur Gemilang, pastikan 14 bucu dan jalur – Fahmi

Waspada guna AI jana grafik Jalur Gemilang, pastikan 14 bucu dan jalur – Fahmi