Pelabur dalam zon JS-SEZ dapat tiga cukai insentif

JOHOR BAHRU – Pelabur dalam Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) layak mendapat set insentif termasuk kadar cukai korporat khas yang berkuat kuasa bermula 1 Januari lalu.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, insentif istimewa ini diberikan sebagai ikhtiar untuk merangsang pertumbuhan ekonomi dan meningkatkan daya saing negara, pakej insentif cukai JS-SEZ ini telah disediakan untuk menarik pelaburan bernilai tinggi ke Johor, mengambil kira keperluan dinamik pelabur global dan domestik.

Beliau dan Kementerian Kewangan (MoF) dalam kenyataan bersama hari ini berkata, insentif ditawarkan adalah kadar cukai korporat khas bagi syarikat yang menjalankan pelaburan baharu dalam aktiviti pembuatan dan perkhidmatan seperti kecerdasan buatan (AI) dan kuantum pengkomputeran, peranti perubatan, pembuatan aeroangkasa serta hab perkhidmatan global akan mendapat manfaat daripada kadar cukai khas sebanyak lima peratus selama 15 tahun.

“Selain itu, pekerja berpengetahuan yang layak di kawasan JS-SEZ turut akan menikmati kadar cukai pendapatan istimewa sebanyak 15 peratus untuk tempoh 10 tahun.

“Dengan langkah proaktif Kerajaan Madani dan Kerajaan Negeri Johor, JS-SEZ bakal menjadi pemangkin utama untuk menarik pelaburan berkualiti tinggi, sekali gus memperkukuh status Johor sebagai hab perdagangan dan maritim utama rantau ini,” katanya.

Dalam masa sama, beliau turut mengumumkan pengurangan duti hiburan mulai tahun depan sebagai sebahagian daripada usaha meningkatkan daya saing ekonomi negeri.

Sementara itu, Menteri Kewangan II, Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, berkata insentif ini mencerminkan komitmen kerajaan untuk mewujudkan persekitaran pelaburan yang menarik dan mampan.

“Kerjasama antara Malaysia dan Singapura dalam JS-SEZ akan mempercepatkan kemasukan pelaburan berkualiti tinggi dalam sektor strategik, sekali gus mencipta peluang pekerjaan berpendapatan tinggi untuk rakyat,” katanya.

Pakej insentif JS-SEZ ini adalah sebahagian daripada Kerangka Insentif Pelaburan Baharu yang diumumkan dalam Belanjawan 2025 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bertujuan merangsang pertumbuhan ekonomi mampan dan merata di seluruh negara.

Bagi memudahcara proses pelaburan, Invest Malaysia Facilitation Centre Johor (IMFC-J) telah ditubuhkan untuk menyelaras permohonan, kelulusan, dan fasilitasi pelaburan secara menyeluruh.

Butiran lanjut mengenai zon flagship dan pelaksanaan insentif ini akan diumumkan dalam masa terdekat.

Related Posts

Inkues Zara Qairina: 15 telefon, kad SIM jadi bukti penting

KOTA KINABALU – Mahkamah Koroner hari ini diberitahu bahawa sebanyak 15 unit telefon pelbagai jenama bersama kad SIM diterima dalam satu plastik lut sinar pada dua tarikh berasingan, iaitu 8…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sabah ambil alih 83 projek bekalan air luar bandar – Zahid

KOTA KINABALU – Sebanyak 83 projek bekalan air luar bandar (BALB) di Sabah diserahkan kepada kerajaan negeri melalui penurunan kuasa daripada kerajaan Persekutuan bagi mempercepat pelaksanaannya. Timbalan Perdana Menteri, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Saluran maklumat krisis Asia Barat untuk jemaah haji diperhalusi

Saluran maklumat krisis Asia Barat untuk jemaah haji diperhalusi

Sekatan media sosial bawah 16 tahun dijangka dilaksana pada Jun

Sekatan media sosial bawah 16 tahun dijangka dilaksana pada Jun

Seorang didakwa, lima dikompaun sebar berita palsu harga bahan api – MCMC

Seorang didakwa, lima dikompaun sebar berita palsu harga bahan api – MCMC

KPM rancang lima atau tujuh sekolah kategori K11 tahun depan

KPM rancang lima atau tujuh sekolah kategori K11 tahun depan

Inkues Zara Qairina: 15 telefon, kad SIM jadi bukti penting

Inkues Zara Qairina: 15 telefon, kad SIM jadi bukti penting

Malaysia-Australia erat kerjasama tenaga, Petronas jadi fokus rundingan

Malaysia-Australia erat kerjasama tenaga, Petronas jadi fokus rundingan