Lesen media sosial: Tembok pertahanan baharu Malaysia tangani pedofilia siber

PUTRAJAYA – Pengenalan lesen media sosial kepada pengendali platform merupakan usaha berani yang mencerminkan keprihatinan Kerajaan Madani terhadap keselamatan rakyat, khususnya kanak-kanak.

Pemerhati hubungan antarabangsa dan politik Universiti Utara Malaysia (UUM), Nur Ashikin Yusof berkata, era digital menyaksikan peralihan jenayah tradisional kepada jenayah siber yang lebih licik dan sukar dikesan.

Menurutnya, salah satu cabaran terbesar ialah jenayah pedofilia dalam talian, di mana platform media sosial sering disalahgunakan untuk mencari mangsa dan menyebarkan bahan eksploitasi seksual kanak-kanak.

“Kes seperti Richard Huckle, seorang pedofilia yang mengeksploitasi kanak-kanak tempatan melalui platform digital, menunjukkan bagaimana teknologi boleh dimanipulasi untuk tujuan jenayah.

“Dengan pengenalan lesen media sosial, kerajaan boleh mengawal selia platform digital dengan lebih ketat. Dasar itu dilihat mampu menjadi tembok pertahanan negara dalam menangani pedofilia selain langkah strategik melindungi keselamatan orang ramai dalam talian,” katanya ketika dihubungi The Malaysia Press (TMP), hari ini.

Mengulas lanjut,  Nur Ashikin berkata, penyedia perkhidmatan harus
diwajibkan memantau aktiviti mencurigakan dan melaporkannya kepada pihak berkuasa, selain menggunakan teknologi seperti kecerdasan buatan (AI) untuk mengenal pasti kandungan eksploitasi seksual kanak-kanak.

Jelasnya, pelaksanaan lesen media sosial seharusnya selaras dengan norma antarabangsa dan melibatkan rundingan dengan pihak berkepentingan global.

“Kerajaan boleh bekerjasama dengan organisasi global seperti Interpol atau Asean untuk menangani jenayah pedofilia rentas sempadan secara kolektif. Langkah ini bukan sahaja memperkukuh keselamatan domestik, tetapi juga meningkatkan imej Malaysia di mata dunia sebagai negara yang komited dalam membanteras eksploitasi kanak-kanak

“Jenayah pedofilia sering menggunakan platform tersembunyi yang sukar dikesan. Justeru, lesen ini perlu dilengkapi dengan strategi keselamatan siber yang lebih menyeluruh, termasuk pelaburan dalam teknologi canggih dan latihan kepada penguat kuasa tempatan,” katanya.

Sementara itu, Pensyarah Jabatan Kepintaran Buatan, Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat Universiti Malaya (UM), Profesor Madya Aznul Qalid Md Sabri berkata, langkah melesenkan media sosial di negara ini merupakan insiatif daripada kerajaan untuk memastikan pengendali platform memahami dan bertanggungjawab terhadap keselamatan serta privasi pengguna.

Katanya, tindakan yang diambil kerajaan bukan drastik mahupun bersifat mengongkong kebebasan berkomunikasi atau melahirkan perasaan masyarakat, namun strategi  mengukuhkan tahap kebertanggungjawaban media baharu terhadap masyarakat menerusi platform media baharu.

“Langkah yang akan dilaksanakan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) perlu berdasarkan beberapa syarat untuk melindungi pengguna media sosial.

“Antaranya termasuk dasar dan langkah-langkah melindungi data pengguna serta langkah keselamatan untuk kanak-kanak, seperti jaminan umur bagi menghalang pengguna di bawah 13 tahun daripada mengakses platform yang diuruskan oleh penyedia perkhidmatan,” katanya.

Ogos lalu, MCMC memaklumkan semua perkhidmatan media sosial dan pesanan internet yang ketika ini mempunyai sekurang-kurangnya lapan juta pengguna berdaftar di negara ini, perlu memohon Lesen Kelas Pemberian Perkhidmatan Aplikasi di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Sebelum ini media juga melaporkan, WeChat, Telegram dan ByteDance (TikTok) berjaya memperoleh lesen mereka manakala Telegram di peringkat akhir proses pelesenan dan dijangka menerimanya dalam masa terdekat.

Related Posts

Negara hancur dengan kebencian

1. Sejarah membuktikan bahawa membina sesebuah negara atau tamadun memerlukan kesabaran, kebijaksanaan, iltizam dan usaha yang berpanjangan. 2. Tetapi, untuk meruntuhkannya amat mudah, iaitu dengan menyemai kebencian, mengapi-apikan sentimen kaum…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar seru rakyat hayati semangat hijrah melalui perpaduan dan usaha bersama

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menyeru seluruh rakyat menghayati semangat hijrah dengan memperkukuh persefahaman serta menjalin kerjasama dalam kalangan komuniti yang pelbagai demi membina masa depan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pelajar IPTS ‘kantoi’ cuba seludup bunga ganja RM1.17 juta

Pelajar IPTS ‘kantoi’ cuba seludup bunga ganja RM1.17 juta

Negara hancur dengan kebencian

Negara hancur dengan kebencian

‘Rider’ kini boleh melepas lelah di Hab P-Hailing KL

‘Rider’ kini boleh melepas lelah di Hab P-Hailing KL

Allahyarham Jasmin sangat dedikasi, sedang pertimbangan ke pangkat SAC – Jauteh

Allahyarham Jasmin sangat dedikasi, sedang pertimbangan ke pangkat SAC –  Jauteh

Perkukuh keharmonian, masyarakat Ngemah diingatkan waspada ancaman berita palsu

Perkukuh keharmonian, masyarakat Ngemah diingatkan waspada ancaman berita palsu

Pengamal media terokai warisan budaya Sarawak menerusi Miri In-depth Experience

Pengamal media terokai warisan budaya Sarawak menerusi Miri In-depth Experience